11 Tips Dalam Berpasangan

March 22nd, 2009

1. Beriman

Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu

Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis

Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda

Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi

Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda

Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi

Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya

Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .

9. Komunikasi

Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda

Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu

Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

Tips Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Ruzanna Mohamed Noor.

Tips Berdepan Dengan Suami Sensitif & Pemarah

March 22nd, 2009

Ego seorang suami ada kala sering disalahgunakan sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangga. Lebih menyedihkan lagi jika ia hanya berpunca daripada masalah kecil yang tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan. Tambah menakutkan jika ada suami yang sanggup memukul isteri apabila berasa egonya tercabar.

Lelaki pemarah biasanya tinggi egonya. Mereka jarang rasa bersalah biarpun tidnakan mereka melukakan hati si isteri. Keadaan seperti ini sudah pasti menyukarkan bagi sesebuah perkahwinan apatah lagi, jika pasangan berdepan dengan masalah seperti kesuburan dan sukar menimang cahaya mata. Sekiranya anda berada dalam situasi sebegini, anda perlu lebih berstrategi untuk berdepan dengan suami yang ego dan lekas marah apabila diajak berbincang.

Perlu diingat, antara topik yang sukar dibincang oleh pihak suami ialah berkenaan seks dengan isteri, kesuburan ataupun masalah kelelakian. Ada sesetengah suami boleh mengugut menceraikan isteri kerana masalah sebegini. Jadi, bagi membantu anda berdepan dengan situasi sebegini, pihak isteri perlu bijak memilih pendekatan bagaimana caranya berdepan dengan mereka.

Tindakan anda mendiamkan diri kerana takut dimarahi suami hanya membebankan lagi masalah tersedia ada. Jika anda ingin berbincang mengenai topik sensitif berkaitan dirinya, pastikan ia dilakukan mengikut masa dan mood yang sesuai.

Terdapat beberapa panduan boleh dipraktiskan:

1. Elak berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang beremosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana rasa ditentang atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, psikologi si isteri boleh terganggu dan pernikahan juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dulu.

2. Langkah yang baik adalah mengajaknya berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Lakukan saat kemarahannya sudah reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang baik!

3. Suami pemarah lebih suka berterus-terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada suami panas baran ataupun pemarah ialah sikap suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Hanya sayangnya, cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.

4. Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Dan ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemah diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata sekalipun si suami pemarah biasanya sukar mengubah pendapatnya dan lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun!

5. Cuba fahami latar belakang suami anda. Individu yang memiliki sifat ‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Menurut penulis buku ‘The Complete Idiot’s Guide to Body Language’, Dr Peter Andersen, sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.

6. Justeru itu, pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang menyebabkannya gembira dan sebaliknya yang membuatnya kesal dan marah.

Langit Tidak Semestinya Sentiasa Cerah

March 22nd, 2009

Langit Tidak Semestinya Sentiasa Cerah

11 Mar 2009

Setiap hari, kita melalui peredaran masa siang dan malam. Kadang-kala itu, kita juga lihat bagaimana langit yang pada awalnya cerah, biru dan bersih tiba-tiba menjadi gelap bersama tiupan angin yang kencang. Ianya samalah seperti kehidupan kita dalam berpasangan. Adakala tenang setenang-tenangnya dan adakalanya berombak kuat porak peranda. Sesetengah orang ada kata,

“Hidup umpama roda. Kadang-kala kita di atas. Kadang-kala kita di bawah.”

Memang tipulah kalau saya katakan yang saya tidak pernah berselisih faham dengan Mrs Teddy. Mesti akan adanya sedikit sebanyak masalah yang timbul apabila kami bersama. Kadang-kala isu yang kecil pun boleh menjadikan kita “kurang mesra” bersama dengan pasangan kita.

Tetapi apabila timbul isu seperti ini, kita perlulah sedar dan segera bertolak ansur antara satu sama lain. Ini kerana, apabila berlaku sesuatu percanggahan janganlah kita biarkan ia menjadi lebih besar. Takut nanti akan lebih memudaratkan keadaan. Tetapi, bagaimanakah caranya?

Cara yang terbaik adalah berdiam sebentar. Kita biarkan diri kita tenang dan relax sebelum kita berbincang semula mengenai masalah yang timbul itu. Ini juga dapat memberikan si dia masa untuk turut berfikir mengenai kesilapan yang mungkin dilakukan oleh dirinya sehingga tercetusnya perbalahan.

Dengan cara ini, kedua-dua belah pihak dapat memberikan jalan penyelesaian yang terbaik bagi menjaga hubungan mereka. Tetapi, janganlah menjadikan penyelesaian yang bakal diambil itu sebagai bahan api yang memarakkan lagi masalah yang ada. Kita kenalah bersikap matang dan terbuka dalam menerima pendapat si dia.

Jadi, diharapkan dengan tips ini, dapat memberikan anda sedikit sebanyak idea untuk menyelesaikan masalah dengan pasangan anda. Ianya juga boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah dengan orang lain seperti rakan sekerja, bos kita ataupun dengan sesiapa sahaja.

Bagaimana pula dengan anda? Sekiranya anda sedang “kurang mesra” dengan kekasih, apakah tindakan yang anda lakukan?

10 Tips Menolak Cinta Sahabat Karib

March 22nd, 2009

1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat.

2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.

3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana, selama ini kamu bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri2 kekasih yang sejati.

4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya.

5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri2 pasangan yang diidamkan olehnya.

6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang anda dan rakan2 lain selalu berkumpul.

7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.

8. Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu.

9. Nyatakan padanya bahawa kamu sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri kamu. Tapi harus diingat jelaskan secara baik kerana kamu mungkin hilang kawan baik yang kamu sayang.

10. Bertegas dengan penderian kamu sekiranya kamu betul2 tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan kepadanya “KAU MASIH SAHABATKU”

Tips Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari zahra di Forum Tentang Cinta.

Sayangnya Allah Pada Wanita

March 22nd, 2009

Wanita

1- Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6- Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

- Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

- Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.

- Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

- Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

- Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja iaitu Sembahyang 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Taat suaminya dan Menjaga kehormatannya (betulkan jika saya tersilap).

- Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Menunggu Lamaran Si Dia

March 19th, 2009
Nuffnang Ads

Sekiranya anda masih tertunggu-tunggu ‘berlian’ yang satu itu - tetapi anda tidak mahu kelihatan seperti terlalu mendesak, anda perlu membuatkan si dia berfikiran bahawa lamaran itu datang daripada ideanya sendiri.

Berikut beberapa panduan untuk membuatkan teman lelaki membuat keputusan terbesar dalam hidupnya iaitu menjadikan anda suri hidupnya tanpa perlu menggunakan paksaan.

Jangan sesekali menyebut perkara berkaitan perkahwinan

Contohnya, jika anda terlihat kereta mewah berhias bunga, reben sedondon dan rombongan pengantin di belakangnya, pura-pura anda sedang mengikat tali kasut (walaupun ketika itu anda memakai selipar Jepun).

Sekiranya terdapat adegan perkahwinan dalam filem yang sedang anda dan teman lelaki tontoni di pawagam, menguap seperti sedang kebosanan.

Malah jika menghadiri majlis perkahwinan bersama, mengadu mengenai kelemahan servis, makanan yang teruk dan muzik membingitkan serta tambah ayat, ”Tolonglah, berjanji awak tak akan paksa saya buat begitu,”.

Bersimpati pada pasangan yang sudah bertunang atau berkahwin

Apabila bertemu dengan kawan lama (meskipun anda cemburu dengan cincin kahwin berlian yang dipakainya, kerja dan rumah yang bagus, serta bakal menimang cahaya mata) - pegang tangannya dan berikan pandangan simpati seperti memandang kucing sakit.

Apa pun yang anda lakukan, jangan sesekali berkata kepada teman lelaki anda, ”Mereka kelihatan gembira.” Sebaliknya, kata mereka nampak sengsara dan bosan. Bosan, bosan, bosan.

Pergi bercuti dengan rakan-rakan wanita

Siapa berkata sebaik anda mempunyai teman lelaki, anda perlu sentiasa ‘berkepit’ bersama-samanya? Anda seorang wanita yang berdikari dan ingin bersuka ria dengan rakan-rakan.

Sekiranya anda terpaksa tinggal di bilik kerana ribut ketika percutian bersama rakan-rakan, resort didiami terlalu usang serta anda asyik bercerita mengenai kerinduan pada teman lelaki bersama rakan-rakan - Jangan sesekali biarkan si dia tahu mengenainya!

Di dalam fikirannya hanya anda sedang berseronok bersama rakan-rakan dan menari limbo bersama lelaki kacak serta gagah.

Jangan minta si dia berjumpa ibu bapa anda

Seandainya pertemuan itu telah berlaku, jangan sesekali menjemputnya ke rumah lagi.

Jangan cadangkan teman lelaki menyambut Hari Raya bersama keluarga anda.

Bila si dia bertanya kenapa tidak dijemput, katakan ”Sayang, mestilah awak dijemput tapi saya tidak mahu menyusahkan awak.”

Ini pasti membuatkannya berang tapi pada masa yang sama terpegun. Apabila dia merasai kedua-dua emosi itu terhadap anda, dia pasti akan meminta anda menjadi miliknya untuk selama-lamanya.

Selamat pengantin baru…

Susunan DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

Kalau Dia Tak Jawab Call

March 19th, 2009

Macam mana kita nak buat kalau bila kita call dia je kan, dia tak angkat. Lagi-lagi masa tu dia tengah merajuk dengan kita. Dah berkali-kali ni kita call, dia tak nak angkat jugak. So apa yang perlu kita lakukan.

1. Berikan dia masa untuk bertenang. Selalunya orang yang merajuk ni memang payah nak pujuk. Habis jenuh kita call pun tak guna. So lebih baik berikan dia masa untuk dia rileks dan tenangkan perasaan dia.

2. Hantarkan mesej-mesej pujukan manja supaya hati dia akan lembut semula. Memang dia tidak angkat call kita tetapi dia mesti akan baca mesej-mesej yang kita bagi punya.

3. Ucapkan kata-kata maaf bahawa memang diri kita yang salah. Selalunya dia tak angkat call disebabkan dia merajuk atau tidak suka dengan perbuatan kita. Oleh itu, minta maaf lah dengan dia. Tak salahkan kalau kita nak mohon maaf?

4. Kalau dia tak angkat jugak, maybe dia ada masalah atau ada kerja yang perlu diselesaikan dan tak sempat untuk bagitahu kita. So berikan la dia masa untuk dia menyelesaikan kerja-kerja dia. Kalau boleh, hantar la mesej cakap yang kita nak temankan dia buat kerja sama-sama.

5. Untuk yang no 5 ni saya nak anda pulak berikan tips-tips bagaimana nak buat kalau dia tak jawab call. Sila la berikan tips anda melalui komen di bawah ini.

ps: Tapi kalau dia off telefon, kita janganlah berputus asa. Tunjukkan bahawa kita memang sayang dan cinta pada dia.

Sumber: VirtualFriend

10 Petanda Cintamu Dengan Si Dia Diancam Bom Jangka

March 19th, 2009

Cinta tidak selalunya indah dan manis. Walaupun tenang di permukaan tidak bermakna di dasarnya tidak berpusar. Ada beberapa isyarat dan amaran awal yang boleh membantu kamu mengesan bom jangka ini sebelum ia meledak!

1. Si dia sering mengawal pergerakan mu sedangkan kamu tidak boleh mengetahui aktiviti luarnya.

2. Kamu dan si dia sering bertikam lidah walaupun untuk perkara remeh-temeh.

3. Kamu semakin jemu bersamanya sedangkan dahulu dialah pujaan hatimu.

4. Si dia mula berkira tentang wangnya yang dibelanjakan atas dirimu, malah mengawal perbelanjaan mu.

5. Kamu dan si dia sudah mula berahsia tentang semua perkara.

6. Kamu tidak lagi bebas membuat keputusan kerana si dia memantau segala gerak-geri kamu.

7. Si dia sering ambil mudah setiap perkara dan jarang mempedulikan perasaan mu.

8. Si dia mula berubah sikap dan tidak memanjakan kamu lagi.

9. Si dia mula menyuruh kamu mengutamakannya dalam semua perkara sehingga mengabaikan keluarga dan teman-temanmu.

10. Kamu sudah mula mengalih pandang dan bercadang mencari kekasih lain.

Petua Ikatan Cinta

March 19th, 2009

Banyak perkara yang perlu diketahui apabila menjalin hubungan dengan lelaki atau wanita yang baru dikenali.

Sisi sesebuah perhubungan, lama atau baru bukan persoalan. Namun, menyatukan dua insan yang berlainan pandangan, sikap mahupun latar belakang tidak semudah disangka. Bahkan, ia melalui banyak fasa dalam meneguhkan jalinan yang penuh keindahan pada akhirnya.

Jika anda sudah lama mengenali, tetapi belum begitu memahami dirinya, petua berikut mungkin boleh menjadi panduan di saat hubungan sedang goyah. Ia juga mungkin bermanfaat jika mahu memulakan satu fasa baru bersama pasangan.

# Berikan lebih daripada yang dia harapkan dan lakukan dengan senang hati. Ingat, jangan harap mendapat balasan daripada apa yang anda berikan, selagi dia belum milik anda ataupun jika sudah termaktub dia hak anda sekalipun, biarlah balasan itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta.

# Bernikah dengan lelaki atau wanita yang anda cintai. Ketika usia beranjak tua, kebijaksanaan dan keelokan percakapan serta perlakuannya akan membuat anda bahagia sepanjang hayat biarpun tanpa dilimpahi kemewahan.

# Jangan percaya dengan apa yang anda dengar, jangan habiskan apa yang anda miliki atau tidur semahunya. Percayalah pada kata hati ketika mendengar segala fitnah dan tohmahan bagi menguji kesetiaan.

# Ketika mengucapkan, “Aku mencintaimu”, lakukan dengan serius. Semua keputusan yang anda pilih, ada akibatnya oleh itu, bertanggungjawab atas pilihan atau keputusan yang dibuat.

# Ketika berkata, “Maafkan saya”, pandang matanya. Kata maaf tidak cukup hanya dengan ucapan tetapi perubahan sikap juga penting. Maaf yang tulus adalah daripada hati.

# Bertunang dulu sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan sebelum membuat keputusan bernikah kerana ia mampu memberi ruang untuk mengenali hati budinya. Perhubungan harus dilaksanakan tahap demi tahap dalam usaha mencapai keserasian dan keindahannya.

# Percayalah pada cinta pandang pertama.

# Jangan mentertawakan atau meremehkan impian orang.

# Cintailah orang lain dengan mendalam setelah anda melalui kekecewaan dalam cinta pertama. Anda mungkin akan sakit dan terluka tetapi sesungguhnya itulah cara untuk menjalani hidup yang sebenar dalam fasa seterusnya.

# Saat pertengkaran atau perdebatan yang hebat, jangan menyebut nama seseorang yang sememangnya dibenci pasangan atau kekasih anda.

# Jangan menilai orang dengan siapa mereka berteman.

# Bicara biarlah perlahan tetapi berfikir biarlah cepat. Ingat, lidah ibarat sebilah pedang tajam dan setiap saat dapat melukai sesiapa termasuk orang yang anda sayangi.

# Ketika seseorang mengajukan pertanyaan yang anda tidak ingin menjawabnya, anda hanya perlu tersenyum dan tanya sebaiknya dalam nada yang tidak menyakitkan.

# Cinta dan kejayaan besar memerlukan pengorbanan bukan sedikit.

# Ketika kalah, jangan lupa pelajaran yang diperolehi. Kekalahan bukan bererti anda sudah gagal tetapi daripada kegagalan itulah anda sedar dan mulai belajar sesuatu.

# Hargai diri sendiri dan orang lain serta bertanggung jawab pada semua yang anda lakukan.

# Jangan biarkan pertengkaran kecil memusnahkan persahabatan.

# Ketika anda sedar sudah melakukan kesalahan, ambil langkah segera untuk memperbaikinya.

# Tersenyumlah saat menerima telefon daripada si dia atau yang teristimewa. Orang yang menghubungi anda akan mendengarnya daripada reaksi atau nada suara anda.

# Habiskan waktu sendirian adalah saat tepat untuk anda mengkaji atau bermuhasabah diri.

Mencari Cinta Sejati

February 21st, 2009

Kecewa dan terus kecewa dalam percintaan dijalin. Kadang-kadang hati sudah bosan memikirkan soal perasaan sedang diri terus dimamah usia.

Bosan sebenarnya apabila berakhir pada cinta yang salah. Alih-alih mengharap cinta sejati tetapi ia hanya kekal dan menjadi ‘cinta sehari’.

Ada waktu anda menyalahkan takdir yang menyebabkan sering kecundang lewat percintaan. Pernahkah mengkaji diri apa yang menjadi penyebabnya?

Kalau difikirkan kecantikan diri, rasanya tidak kalah dengan teman lain yang sudah punya kehidupan membahagiakan bersama pasangan masing-masing.

Namun anda masih sendiri dan bagaikan orang berputus asa, anda sudah menanam cita-cita untuk tidak mahu mengharapkan sesiapa lagi.

Jangan cepat dilanda rasa kecewa. Ada pengkaji dalam soal cinta menyarankan supaya jangan menoleh ke masa lalu yang penuh kekecewaan sebaliknya sentiasa melengkapkan diri untuk menerima cinta baru.

Namun, sebelum memutuskan menerima cinta seseorang, perhatikan tandanya, apakah dia memang jodoh anda?

# Dia sahabat terbaik anda

Saat mengalami kesulitan, perkara pertama terlintas di kepala anda adalah dirinya. Dia pandai menenangkan hati.

Dia selalu hadir untuk anda dalam situasi apa sekalipun. Tiada orang yang lebih baik mengisi peranan ini daripada pasangan anda atau sahabat istimewa yang menjadi tempat susah senang anda. Percayalah, pasangan yang dirasakan jodoh anda, pasti tidak takut mengalami pasang surut dalam hidup ini.


# Punya banyak persamaan

Hasil penelitian menyatakan, perkahwinan yang paling stabil adalah pernikahan yang membabitkan dua orang dengan banyak persamaan. Jenis persamaan itu tidak terlalu penting tetapi semua itu adalah modal untuk menjadikan hubungan semakin mantap.

Menikmati semua aspek kehidupan bersama adalah antara rahsia pasangan sejati. Tidak perlu orang lain untuk membuat anda berdua bahagia. Apakah anda sudah merasakannya? Jika ya, jangan lepaskan dia.

# Kepentingan anda adalah segalanya

“Cinta dimulai ketika seseorang menemukan bahawa keinginan orang lain sama pentingnya dengan hasrat hatinya sendiri.” (Harry Stack Sullivan).

Daripada bahasa tubuh dan sikapnya selama ini, terlihat jelas dia memperlakukan anda sebagai orang terpenting dalam hidupnya.

Bahkan, dia sering mementingkan sesuatu untuk keperluan diri dan sekali gus dia memikirkan diri anda. Jika ini yang ada pada peribadinya, mungkin dia yang anda cari.

Justeru, cinta abadi membabitkan komitmen rela berkorban untuk kebahagiaan pasangan lalu jangan memikirkan orang lain di fikiran. Percayalah bahawa dialah milik cinta sejati anda.

# Cinta tanpa syarat

Cuba ingat, pernahkah dia menarik muka masam saat melihat anda memakai baju yang tidak menepati seleranya? Dia barangkali pernah menegur gaya pakaian anda yang agak menjolok mata atau sebenarnya gaya pakaian anda membuatkan dia tidak senang kerana takut ada lelaki lain akan memberi perhatian lebih kepada anda.

Atau anda pernah ditegurnya tanpa disedari gara-gara memotong rambut tanpa pengetahuannya?

Namun, dia sentiasa pandai mengambil hati dan tegurannya jarang menyakitkan. Sebaiknya, fikirlah jika anda berkira-kira untuk memilih dia menjadi kekasih sejati. Cinta sejati adalah cinta tanpa syarat yang mampu menerima pasangan seadanya.

# Sentiasa bersedia jadi pendengar setia

Setiap kali anda berbicara padanya, tidak sedetik pun perhatiannya beralih. Dia pendengar yang baik, mampu mendengar anda berbicara berjam-jam lamanya tanpa rasa bosan, penuh perhatian dan mengerti apa yang anda diinginkan.

# Sering menepati masa

Untuk urusan apa sekalipun, dia selalu berusaha untuk menepati waktunya. Janji bertemu jam tujuh malam, dia sudah tiba di tempat setengah jam lebih awal.

Baginya, lebih baik dia yang sampai dulu atau menjadi penunggu setia daripada membiarkan anda menunggu. Apalagi jika tempat pertemuan agak janggal untuk dirinya tetapi dia sentiasa mahu anda didahulukan.

# Gerak batin atau naluri

Tanpa sebarang ucapan, anda mampu mengetahui apa yang tersirat di hati masing-masing.

Anda berdua bagaikan dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan pasangan pada situasi apa sekalipun. Bila anda sudah merasakan hal sedemikian, selamat! Mungkin dialah belahan jiwa anda.