Persiapan Menjelang Kelahiran

July 24th, 2008
  • Kewangan

Harus dirancang wang yang perlu dibelanjakan untuk menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga kita. Seperti rawatan dan kos berjumpa doktor, makanan tambahan seperti vitamin, membeli pakaian peribadi yang sesuai, kedatangan keluarga, kos bersalin di hospital, barangan baby, kos rawatan selepas bersalin dan kos rawatan baby.

  • Kesihatan Fizikal

Ibu mengandung janganlah terlalu memikirkan kesusahan yang dihadapi ketika mengandung. Ini kerana di dunia berbillion baby telah dilahirkan dengan selamat dan sihat.

Kesibukan berkerja akan membuat kita lupa kesusahan yang bakal tiba. Anggota badan yang berkerja keras dalam melakukan kerja angota ini juga akan menyediakan ketahanan dalam menampung baby yang semakin besar.Bila otak kita cergas,otak kita juga cergas dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kandungan kia seperti pemakanan, tumbesaran dan daya tahan.

  • Wanita Kerjaya

Wanita yang berkerja harus berkerja sehingga saat bersalin. Cuma perlu berhati2 saat kandungan sudah matang dan keseimbangan badan perlu disesuaikan supaya tidak mudah jatuh. Kecergasan perlu dikekalkan cuma dielakkan melakukan kerja yang merbahaya kepada kandungan.

  • Suri Rumah

Suri rumah juga harus menjalankan rutin harian seperti biasa. Lazimnya surirumah yang cergas akan bersalin dengan mudah. Ibu yang tidur sepanjang hari berkemungkinan akan melahirkan baby yang besar (over weight)

  • Pakaian

Ibu mengandung perlu memakai pakaian yang sesuai dengan perubahan bentuk badan mereka. Jangan terlalu banyak membeli pakaian hamil kerana kita tidak akan menyukainyan selepas bersalin kecuali potongan badan kita kekal seperti ketika kita mengandung.

Masalah Ketika Hamil

July 24th, 2008

Mata Berpinar, Kepala Pening

Ketika duduk di pejabat tiba-tiba mata berpinar atau berkaca. Tubuh pula tak seimbang terasa seperti hendak terjatuh. Pernahkah anda mengalami ini? Jika Ya, anda sebenarnya punya maslah Tekanan darah rendah (HIPOTENSI) ataupun Jumlah Sel Darah merah kurang (ANEMIA). Sebaiknya carilah penyebabnya sepuya ia tidak menganggu kahamilan anda.

HIPOTENSI berlaku disebabkan oleh peningkatan hormon progesterone dan menyebabkan pembuluh darah menjadi lebar. Antara sebab yang lain ialah

  • Adanya tekanan pada pembuluh nadi besar (aorta) serta vena kava (pembuluh darah balik) akibat rahim yg semakin membesar. Ia biasanya terjadi ketika ibu hamil dalam posisi terlentang yg dipanggil Supine hipotensi.
  • Tiba2 berdiri dari posisi duduk, bongkok atau baring. Gerakan mendadak ini membuat aliran drh di otak tiba2 turun tiba2 akibat graviti bumi. Ia disebut sbg postural hipotensi.

Bagaimana untuk mengelak ianya berulang?

  • Supine hipotensi: Sebaiknya ibu hamil tidak berbaring melentang. Berbuat dengan mengiring sebelah kanan atau kiri supaya pembuluh drh besar tidak tertekan.
  • Postural hipotensi: Apabila sedang duduk dan hendak bangun jgn bangkit dengan terburu-buru. Lakukan dengan perlahan2 supaya aliran drh sempat menyesuaikan diri dengan perubahan posisi tersebut.

ANEMIA. Dalam memastikan drh masuk ke janin adalah maksimum, maka pencairan darah diperlukan sehingga menyebabkan ibu mengalami fisiologis anemia. Akibatnya jumlah sel drh merah berkurang sehingga oksigen yang diangkut pun kurang. Ibu hamil akan mudah pening dan berpinar, mudah letih dan lemah.

Untuk mengatasi masalah ini, ibu hamil perlu memastikan pengambilan gizi adalah seimbang dan cukup.Perlu tambah suplemen zat besi. Disamping itu senaman yang teratur juga cukup membantu menoptimunkan kerja jantung mengepam darah ke seluruh badan. Senaman yang paling mudah dan bermanfaat adalah dengan berjalan 30 minit setiap pagi.

Kepala Pening adalah disebabkan oleh perubahan hormon progesterone, ketidakstabilan sistem kardivaskular (darah ke jantung), kadar gula yg rendah, pemakan tidak teratur, kurang tidur, dehidrasi (akibat muntah2), ataupun stress.

Cara mengatasinya ialah:

  • Tidur. Keadaan tubuh yang berehat akan mengurangkan rasa sakit kepala.
  • Pastikan pengambilan karbohidrat mencukupi.
  • Perbaiki peredaran udara. tingkap yg tertutup dan tiada ruang udara keluar masuk menyebabkan peredaran udara menjadi kurang sempurna.
  • Pengambilan kalsium. Sakit kepala boleh diatasi dengan pengambilan kalsium. Pakar menganjurkan supaya ibu hamil mangambil kalsium sebanyak 1,200 mg sehari.

———————————————————————————-

Petikan daripada Mingguan Wanita 3-9 ogos 2007

Kenapa Menyusu Susu Ibu?

July 24th, 2008

Al-Quran menekankan pentingnya susu ibu sepertimana Allah telah berfirman, bermaksud:

“Para ibu hendaklah menyusu anaknya dua tahun penuh iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Apabila kedua-duanya ingin memberhentikan (sebelum cukup tempoh dua tahun) dengan kerelaan kedua-duanya dan melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi keduanya” (Al-Baqarah,233)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya;

“Lindungilah anak-anakmu daripada susu wanita penzina dan wanita yang gila, kerana air susu mereka mengandungi penyakit”.

Susu ibu ialah cecair yang dihasilkan secara semulajadi dan psikologi untuk bayi manusia. Saintis terus menemui kelebihan-kelebihan terbaru yang ada pada susu ibu. Berbanding susu formula, susu ibu kerap bertukar berdasarkan keperluan bayi. Susu formula tetap sama tanpa mengira keperluan dan usia bayi. ·

  • Susu ibu berubah berdasarkan usia bayi :

Susu ibu untuk bayi pra-matang mengandungi kandungan protin yang tinggi. Susu ibu bagi bayi usia lapan bulan pula mempunyai kalori yang tinggi berbanding bayi berusia sebulan.

  • Susu ibu berubah berdasarkan cuaca :

Dalam cuaca panas, susu ibu mengandungi lebih banyak cecair. Dalam cuaca sejuk, ia mengandungi lebih banyak lemak.

  • Susu ibu berubah dari segi rasa bergantung kepada jenis pemakanan ibu :

Ini memberi peluang kepada bayi untuk mencuba pelbagai jenis rasa di sepanjang tempoh penyusuannya.

Petikan dari http://www.susuanibu-pk.gov.my/

Susu ibu imunisasi pertama bayi

Kuala Lumpur: Golongan ibu disaran menyusukan bayi mereka dalam tempoh i jam pertama selepas kelahiran kerana ia mampu mengurangkan risiko yang boleh mengancam nyawa bayi berkenaan.

Timbalan Pengarah Bahasa Klinikal (Ikhtisas) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Jamiyah Hassan berkata menerusi kajian peringkat antarabangsa yang dijalankan, seramai satu juta bayi mampu diselamatkan setiap kali seorang ibu menyusui bayinya dalam tempoh satu jam pertama kelahiran.

Katanya, penyusuan dalam tempoh i jam kelahiran itu mampu menjadi benteng penghalang bayi daripada pelbagai jangkitan atau alahan.

” Kandungan kolostrum yang ada dalam susu ibu mengandungi semua nutrien yang diperlukan bayi. Ia bertindak sebagai imunisasi pertama bayi.” katanya selepas perasmian majlis sambutan dan forum Minggu Penyusuan Ibu Sedunia di PPUM, disini semalam.

Beliau berkata, golongan ibu juga mendapat manfaat melalui amalan itu iaitu ia menpercepatkan penurunan berat badan selain menghalang ibu mengalami pendarahan. Katanya lagi, ibu digalakkan menyusukan bagi dengan susu badan sahaja sejak lahir sehingga bayi berusia enam bulan dan meneruskannya sehingga anak mencapai usia dua tahun.

Petikan dari Harian Metro Khamis, 2 Ogos 2007

Ubat-ubatan dan Penyusuan Susu Ibu

July 24th, 2008

Kesedaran terhadap betapa pentingnya penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu telah banyak mempengaruhi sebahagian besar kaum wanita untuk menyusukan anak-anak mereka dengan susu badan. Walau bagaimanapun terdapat sebahagian dari mereka ini terpaksa mengambil ubat-ubat atas sebab-sebab tertentu ketika menyusukan anak mereka. Ini memerlukan perhatian kerana ia boleh menimbulkan kesan ke atas anak yang menyusu.

Kebanyakan dari ubat-ubat ini mengalir melalui saluran darah dan sebahagian kecil darinya akan masuk ke dalam susu ibu. Sesetengah dadah atau ubat-ubat ini boleh menimbulkan masalah kepada bayi. Untuk mengurangkan kesan ini, anda perlu berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi.

Langkah-Langkah Untuk Mengurangkan Kesan Ubat-Ubatan Kepada Bayi Anda Adalah Seperti Berikut:

  • Beritahu doktor bahawa anda sedang menyusukan anak anda setiap kali berjumpa doktor untuk sesuatu rawatan.
  • Hentikan pengambilan ubat tersebut sekiranya tidak begitu perlu.
  • Mengambil ubat selepas sahaja menyusukan bayi.
  • Hentikan penyusuan buat sementara waktu jika perlu.

Langkah berjaga-jaga:

  • Dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi sebelum mengambil sebarang ubat.
  • Sekiranya anda perlu mengambil ubat, semasa menyusu anak anda dapatkan pemeriksaan untuk bayi anda bagi mengesan sebarang tindak balas yang mungkin terjadi.
  • Ambil ubat sebaik sahaja selepas bayi disusukan supaya paras dadah di dalam susu adalah pada kepekatan terendah sebelum penyusuan seterusnya diberikan.

Jangan sekali-kali:

  • Merokok
  • Meminum alkoho
  • Mengambil sebarang ubat kecuali sangat perlu
  • Merasa bimbang
  • Terasa tertekan

70 Dosa-Dosa Besar

July 21st, 2008

1. Syirik (secara tak sedar pun ada…tapi dah selalu….jadi laa DOSA BESAR)
2. Membunuh Manusia
3. Sihir
4. Tinggal Sembahyang (yang selalu di lakukan)
5. Tidak Mengeluarkan Zakat
6. Tidak Berpuasa (yang selalu di lakukan)
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa (yang selalu di lakukan)
9. Memutuskan Silatulraham
10.Berzina (individu tertentu)
11.Homosex
12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.Sombong (yang selalu di lakukan)
17.Saksi Palsu
18.Meminum Arak(individu tertentu)
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.Berjudi (yang selalu di lakukan-secara tak sengaja)
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.Merompak
25.Sumpah Palsu (HOT)
26.Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim
28.Makan dari kekayaan yang Haram (skim2)
29.Bunuh Diri
30.Berbohong (yang selalu di lakukan)
31.Hakim yang Tidak adil (HOT)
32.Rasuah (HOT)
33.Wanita yang menyerupai Lelaki (dah banyak)
34.Tidak Cemburu
35.Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri (yang selalu di lakukan)
38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat (yang selalu di lakukan)
40.Mengungkit- Ungkit Pemberian (yang selalu di lakukan)
41.Mangingkari Takdir
42.Mencari Kesalahan Orang lain (yang selalu di lakukan)
43.Menabur Fitnah (yang selalu di lakukan)
44.Mengutuk Umat Islam ( HARI-HARI)
45.Mengingkari Janji (individu tertentu)
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami (amalan isteri)
48.Gambar pada Baju (hari-hari)
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.Menggangu Orang lain (hari-hari)
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Menggangu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam (HOT)
54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59.Menjadi Pak Sanggup (HOT)
60.Berdebat dan Bermusuh (HOT kat media)
61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan
63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (hari-hari)
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat (sentengah individu jgn lebih 3 kali dah laa….)
67.Menguragi Wasiat
68.Menipu (Hari-hari)
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat

Dua Malaikat

July 21st, 2008

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya,

“Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah  kanan katanya, “Apakah yang harus aku catit?”

Kata malaikat di sebelah kanan, “Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,”Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?”

Jawab malaikat kanan, “Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi.”

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,”Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam.” Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Al-Quran:
“Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said”.

“Sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan”

Kisah Cinta Cicak

July 21st, 2008

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan satu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap diantara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun???  Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Orang itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!

Orang itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya…. AHHHH!

Orang itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta…cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.

Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.

Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikir tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara lelaki, saudara perempuan….. Seiring dengan berkembangnya teknologi,
akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi tak peduli sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampumu untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.

JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI!!!

Nasi Kangkang

July 21st, 2008

Siapa yg terlepas tgk cerekarama (14.06.08).. ..lakonan fasha sandha dan ady putra ceritanya hampir sama dgn kisah dilampirkan. ..renung- renungkan

Nasi kukus x ape..bleh makan

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu seronok.

‘Eh, makin kurus nampak. Diet ke?’ kata saya setelah mempersilakannya duduk.

‘Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. Badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang,’ balas Arifin.

‘Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar.’ Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai. Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

‘Orang rumah saya sakitlah, ustaz’, kata Arifin.

‘Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi.. Ketawa pun hendak tak hendak. Sakit apa?’ saya bertanya.

Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

‘Entahlah.’ katanya perlahan,

‘Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air panas,’kata Arifin. Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak dapat melegakan penyakitnya.

‘Sakit apa, doktor pun tak tau,’tambahnya.

‘Dah pergi berubat kampung?’saya bertanya.

‘Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,’jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah murung, kusut

‘Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil macam katak puru,’ tambah Arifin. Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka. Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat. Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan. Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an.

Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

‘Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,’ kata Arifin. Wajahnya sayu …

‘Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu’. Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

‘Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,’tambah Arifin.

‘InsyaAllah. ‘ Balas saya. Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

‘Apa yang dia cakap masa meracau tu?’

‘Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? .. Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah , orang dah sakit memang macam tu,’kata Arifin. Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri.

Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya. ‘Datang ya, ustaz . Saya tunggu,’katanya sambil mengangkat punggung. Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

‘Jemput masuk ustaz,’ Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik. ‘Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,’ bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan. Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

‘Za.. Ni Ustaz Nahrawi datang,’kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik. Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;

‘Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung’ .

‘Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,’ jawab Arifin.

‘Err,. dari mana datangnya bau yang…’ soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

‘Ooo. mmm, dari alat sulit dia,’kata Arifin perlahan.

‘Keluar lendir bercampur nanah’… Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal yang seperti itu. Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

‘Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.’

‘Kalau macam tu, baguslah,’kata saya. Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

‘Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,’ kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin. Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya. Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi. Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

‘Ustaz,’katanya, ‘Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu’ ‘Kenapa?’pantas saya bertanya….

‘Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya’ . Arifin menyambung ceritanya; Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya. Saya tanya ‘Kenapa?’ Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

‘Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.’

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

‘Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya. Dia minta saya maafkan.’Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.’ Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu. Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

‘Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,’kata saya. Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi. Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.’ Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

‘Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa…’

‘Ampunkan dia?’ Arifin bertanya balik. ‘Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?’ tingkah Arifin dengan suara yang agak keras. Mungkin dia terkejut. ‘Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,’ jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

‘Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,’ jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali. ‘Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,’ kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi. ‘Tapi Alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

‘Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

p/s: Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini.

Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa semata-mata*

————————————– Petikan dari kiriman email

Pemakanan Ibu Hamil

July 21st, 2008

Pemakanan yang sihat untuk anda berdua

Protein
Penting untuk membina tisu dalam badan. Tumbesaran bayi, uri, rahim,tisu payudara dan bekalan darah bergantung kepada bekalan protein yang cukup. Sumber protein yang utama ialah susu, daging, ikan, telur dan kekacang. Asid amino adalah unit asas untuk protein. Asid amino perlu adalah asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari diet.
Penting untuk menghasilkan darah. Ia merupakan bahan terpenting dalam penghasilan hemoglobin yang membawa oksigen disekeliling tubuh. Bekalan darah anda semakin bertambah semasa hamil, membuatkan keperluan zat besi semakin bertambah. Hati, daging, ginjal, ayam dan ikan adalah sumber zat besi yang terbaik. hati juga kaya dengan vitamin A. Pengambilan vitamin A berlebihan boleh memudaratkan bayi. Mengambil makanan yang tinggi vitamin C seperti betik atau segelas jus buah-buahan akan menolong penyerapan zat besi.

Iron (Zat Besi)

Calsium (Kalsium)
Bayi memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi. Anda dan bayi anda memerlukan mineral untuk mengekakalkan kekuatan gigi dan tulang, pembekuan darah yang normal, serta fungsi-fungsi otot-otot dan saraf. Susu dan makanan tenusu ialah sumber diet yang baik bagi kalsium kerana
-susu kaya dengan vitamin
-paras karbohidrat dalam susu iaitu laktosa dan vitamin D yang tinggi menambah kadar penyerapan kalsium dalam tubuh

Folic Acid (Asid Folik)

Asid Folik, sejenis vitamin B amat diperlukan untuk pembentukan sel2 daraah merah dan sel baru dalam badan. Kekurangannya akan menyebabkan anaemia dan bayi mendapat spina bifida(cacat saraf tunjang). Asid folik terdapat dalam makanan seperti hati, ginjal, sayur2an berdaun hijau, kacang,bijirin penuh,oren dan pati ragi.

Essential Fatty Acids(Asid lemak tepu)

Asid lemak ialah unit asas untuk lemak. Asid lemak tepu adalah asid lemak yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari makanan. Asid lemak ini ialah Asid Linolik (LA) dan Asid Alfa-linolenik (ALA). LA dan ALA amat penting kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel2 baru yang terbentuk dengan pantas.

LA diproses dalam badan menjadi Arakidonik (AA) dan ALA menjadi Asid Dokosaheksanoik (DHA). AA dan DHA penting untuk tumbesaran normal dan perkembangan otak bayi.

Banyak kajian mendapati bayi2 yang ibu2 mereka makan banyak “ikan berminyak” seperti salmon, tuna, sardin, makeral, dan ikan kod mempunyai kandungan DHA yang lebih tinggi.