Ubat-ubatan dan Penyusuan Susu Ibu
Kesedaran terhadap betapa pentingnya penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu telah banyak mempengaruhi sebahagian besar kaum wanita untuk menyusukan anak-anak mereka dengan susu badan. Walau bagaimanapun terdapat sebahagian dari mereka ini terpaksa mengambil ubat-ubat atas sebab-sebab tertentu ketika menyusukan anak mereka. Ini memerlukan perhatian kerana ia boleh menimbulkan kesan ke atas anak yang menyusu.
Kebanyakan dari ubat-ubat ini mengalir melalui saluran darah dan sebahagian kecil darinya akan masuk ke dalam susu ibu. Sesetengah dadah atau ubat-ubat ini boleh menimbulkan masalah kepada bayi. Untuk mengurangkan kesan ini, anda perlu berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi.
Langkah-Langkah Untuk Mengurangkan Kesan Ubat-Ubatan Kepada Bayi Anda Adalah Seperti Berikut:
- Beritahu doktor bahawa anda sedang menyusukan anak anda setiap kali berjumpa doktor untuk sesuatu rawatan.
- Hentikan pengambilan ubat tersebut sekiranya tidak begitu perlu.
- Mengambil ubat selepas sahaja menyusukan bayi.
- Hentikan penyusuan buat sementara waktu jika perlu.
Langkah berjaga-jaga:
- Dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi sebelum mengambil sebarang ubat.
- Sekiranya anda perlu mengambil ubat, semasa menyusu anak anda dapatkan pemeriksaan untuk bayi anda bagi mengesan sebarang tindak balas yang mungkin terjadi.
- Ambil ubat sebaik sahaja selepas bayi disusukan supaya paras dadah di dalam susu adalah pada kepekatan terendah sebelum penyusuan seterusnya diberikan.
Jangan sekali-kali:
- Merokok
- Meminum alkoho
- Mengambil sebarang ubat kecuali sangat perlu
- Merasa bimbang
- Terasa tertekan
Leave a Reply