Doa Munajat

August 10th, 2008

Doa Munajat
Wahai Allah, Wahai Zat Yang Maha Agung Kemuliannya Dan Sentiasa Memiliki Ketinggian,
Wahai Penguasa Khazanah Yang Tidak Akan Kehabisan Dan Pencipta Arash Mu Yang Agong,
Wahai Yang Memiliki Sifat Yang Sempurna Dan Yang Menunaikan Segala Permintaan,
Jika Kau Menkehendaki Maka Dengan Sekelip Matapun Kau Boleh Mendatangkan Taufan Yang Mana Lautan Malu Melihatnya Dan Jika Kau Menghendaki Seluruh Makhluk Ini Kau Boleh Tempatkan Dalam Tempat Yang Seberah Zarah Dengan Ucapan "KUN",
Sesuatu Yang Tiada Dikau Boleh Wujudkan Bagi Mu Tiada Suatupun Pekerjaan Yang Sukar Ya Allah,
Wahai Allah Bersihkan Dan HApuskanlah Kekotoran Zahir Dan Batin Kami Dengan Kesempurnaan Keampunan Mu Dan Lautan Kemaafan Mu Ya Allah,
Kurniakanlah Kepada Kami Dengan Pakaian Zuhud Dan Taqwa, Mengkhidmati Mahkluk Dan Menuruti Sunnah Dengan Bersih Dan Nyata.
Jadikanlah Maksud Kehidupan Kami Untuk Meninggikan Dan Mengharumkan Agama Muhamad S.A.W.,
Jadikanlah Kami Sebagai Mentari Ilmu Dan Kau Jadikanlah Amalan-Amalan Dan Kebaikan Kami Sempurna, Yakni Menjadi Sumber Hidayah Kepada Kami.
Dan Orang-orang Yang Bertaqwa Juga Akan Memilih Jalan Amalan Soleh Dengan Sinar Kecemerlangan Dan Jadikanlah Kami Seumpama Mata Air Yang Mengalir Taman Islam Dimusim Gugur Sehingga Ke Akhir Kiamat.
Wahai Tuhan Semesta Alam, Dalam Kehidupan Yang Sesingkat Ini Undilah Kerja-kerja Dari Kami Perkara Yang Perlu Dikerjakan Disini Dan Peliharakanlah Kami Ya Allah Dari Perkara-perkara Yang Tidak Perlu Dikerjakan Disini.
Bagi HAri-hari Dalam Kehidupan Kami Yang Mana KAmi Telah Laluinya Dengan Lalai Dan Leka,JAdikan Sesuatu Yang Dapat Menganti Kerugiannya Wahai Allah
Kurniakanlah Kami Dengan Iman Dan Hiaskan Ia Didalam Hati Kami.
Campakkanlah Rasa Takut Dalam Hati Kami Terhadap Kekufuran Ya Allah, Terhadap Dosa Dan Terhadap Durhaka.
Dan Jadikanlah Kami Orang-orang Ynag Memperolehi Hidayah Dan Hamba-hamba Yang Bersyukur Ya Allah,supaya ketika waktu Kami Mati dan Di Dalam Kubur Dan DiHari Kiamat Nanti Kami Bersuka Cita Dan Gembira Dan Jannatul Firdaus Menjadi Tempat Kami Ya Allah,
Wahai Allah Jadikanlah Kami Segulung Ilmu Dan Amal Yang Mana Dihadapan Tidak Dapat Meruntuhkannya Dan Ianya Menjadi Pukulan Bagi Menghapuskan Segala Bidaah Ya Allah,
Dan Ambillah Dari Kami Sebarang Khidmat Untuk Membantu Agama Muhamad S.A.W.Yang Akan Menjadi Sedekah Berterusan Dan Menjadi Sumber Keselamatan Di Hari Kiamat Ya Allah.
Wahai Allah Dan Penuhi Ahli Jainatul Firdaus Mu Dan Tiadalah Kekuatanku Mengatasi Api Neraka Mu Ya Allah
Dan Berikanlah Aku Taufik Untuk Bertaubat Dan Ampunkanlah Dosa-Dosaku Ya Allah,
Ampunkanlah Ya Allah….
Ampunkanlah Ya Allah….
Kerana Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Segala Dosa-Dosa Besar
Ya Allah….
Ya Allah….
Ya Allah….