25 perkara tidak disukai suami. (It’s funny.. but it’s true)
Something to ponder upon… …
BUAT PARA ISTERI DAN BAKAL ISTERI
25 Perkara yang tidak disukai suami
1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak.
Walaupun ianya benar ie. “hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak
tau.. bla bla bla “
2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan
selalu dimasa yang salah. ie. “hello abang ada meeting ker tu, sorry la
cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak “
3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak
jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “kita dah simpan screw
drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu..”
4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan
menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak
dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. “bang, sport section tu
ayang dah buat bungkus belacan..”
5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-
apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini
dan sisuami tak sempat baca/tengok ” ie. “eh.. kita suka la news pasal
new peti ais tu..kita dah potong simpan … “
6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari
opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru
semalam telah ke pasar. ie. “bang.. semalam kita lupa beli garam,gula
beras dan susu budak … .boleh singgah tak mana mana ..pleaze “
7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila
menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan
suami.ie. “saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu
pekat dan gula pasir … kan lain tu”
8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan
suami terlebih dahulu ie. “i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner
kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? “
9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC
tanpa memberitahu suami. ie. “screensaver u tentang gambar 1500cc
harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros… “
10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam
selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber… ber… . ie. ” pot
pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”
11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin
suami. ie. “malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab
hubby dia orang outstation, ok kan kan kan “
12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik
lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa
mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie.
“..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer,
kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang ..”
13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila
nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur.
ie. ” sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih
betul betul ..”
14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri
sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih
untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam
besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”
15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami
sedang hot dengan budak budak tu.. ie. “..eh biarlah budak budak tu
pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”
16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap
bila nak dekat asar sahaja. ie. “,,nak mandi buat apa awal awal bukan
nak pergi jalan jalan mana pun..”
17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau
beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda
benda lain. ie. “..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih..”
18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv.
ie. “pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan
liverpool, mari tolong saya potong ayam nih..”
19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada
suami untuk bercerita jugak. ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak
tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik
tak langgar ..then lagi u tak tak … then today.. then tadi..u tau
tak… semalam u nak tau… .bla bla bla bla.”
20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat
kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. ” i dah kata
jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah … bill bla bla bla
bergayut bla bla bla bla… ini semua salah you “
21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa.
ie. ” eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep
tak henti henti nih… betina mana pulak awak nak nih… “
22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain.
ie. “..eee u tau tak hubby i tu… “
23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak
makan. ie. “..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan
rojak pasembor… i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore ..”
24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie.
“..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak..”
DAN AKHIR SEKALI
25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang
munasabah. ie. “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih
dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan
pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then
nak menuai sekali… ..”
Kepada semua isteri2 dan bakal isteri tu pandai2 la ambik hati suami,
jangan bagi chance langsung untuk diorang cari alasan…
” i’m not a man who forgets his promise, because a man is judged by
his words… ” ~ Yuhazry Yusoff
Kenali Rahsia Masa Bersalam
Apabila bersalam dengan rakan atau sesiapa sahaja, akan kita temui pelbagai gaya bersalam dan apabila kita amati lebih lanjut, pelbagai keadaan tapak tangan, ada yang sejuk, ada yang hangat ada yang kering, ada yang lembab dan ada juga yang basah.
Apa hikmahnya Allah menjadikan tapak tangan manusia sebegitu rupa?. Berkenaan gaya bersalam, insya-Allah akan saya kupas pada satu masa lain. Kali ini saya ingin mengupas berkenaan tapak tangan yang kering dan basah atau lembab.
Pada kira-kira lebih sepuluh tahun lalu, arwah guru saya mengajarkan satu perkara iaitu berkenaan tapak tangan kering, basah atau lembab. Allah menjadikannya sedemikian sebagai satu simptom untuk mengenali sesuatu keadaan penyakit pada penghidapnya. Kalau tapak tangan kering dan hangat ia menggambarkan orang yang sihat dan sebaliknya orang yang tapak tangannya lembab atau basah adalah orang yang kurang sihat.
Begitulah cantiknya kejadian Allah. Melalui kaedah ini , seseorang rakan mudah mengetahui sahabat atau saudara mereka sama ada mereka ini benar-benar sihat atau kurang sihat. Seterusnya dapatlah dinasihatkan orang ini langkah seterusnya agar keadaan kesihatan mereka akan kembali pulih.
Kira-kira beberapa bulan lalau di TV3, saya menonton satu program kesihatan bersama seorang doktor pakar. Doktor pakar tersebut menyediakan satu rawatan mengatasi masalah tersebut dengan kos rawatan sebanyak RM9000 sahaja iaitu dengan membuang bahagian tertentu di tapak tangan mereka agar masalah ini dapat diatasi. Begitulah ilmu doktor. Banyak yang mereka tahu namun banyak lagi ilmu yang mereka tidak tahu. Sebenarnya rawatan doktor ini adalah satu rawatan untuk mencacatkan tapak tangan pesakit kerana sebenarnya tapak tangan orang ini tidak mengalami sebarang masalah. Ia sekadar menggambarkan situasi kesihatan orang ini sahaja. Bila ia kembali pulih, tapak tangan ini akan insya-Allah kembali kering dan begitulah sebaliknya.
Pada 19 Jan 2007 yang lalu, saya mengambil kesempatan dalam pengajaran saya untuk menerangkan sedikit ilmu kesihatan melalui penjagaan pemakanan dan gaya hidup. Saya menceritakan mengenai keadaan tapak tangan seseorang yang mungkin kering,lembab atau basah dan dalam kes tertentu, air sentiasa menitis dari hujung jari. Dalam kes ini jari agak sedikit menggeletar. Allah menjadikan situasi ini sebagai simptom gambaran tahap kesihatan seseorang di mana tapak tangan yang kering adalah tahap terbaik. Basah adalah menggambarkan tidak sihat.
Selepas saya menjelaskan ilmu ini, dua orang pelajar perempuan saya menceritakan pengalaman mereka. Kedua-dua mereka menceritakan bahawa beberapa tahun lalu, tapak tangan mereka basah dan sentiasa nampak air pada tapak tangan mereka dan kini tapak tangan mereka sudah kering. Salah seorang menambah lagi bahawa dahulu beliau sangat gemuk dan kini sudah cantik slim. Kedua-dua mereka bercerita bahawa dahulu mereka sangat suka makan junk food dan kini sudah berhenti amalkan pemakanan yang tidak sihat ini.
Begitulah tapak tangan sememangnya boleh kering dan boleh basah. Mengapa bahagian tertentu tapak tangan perlu dibedah dan dibuang ?? Keadaan tapak tangan yang basah / lembab memberitahu pemiliknya bahawa jantung dan atau paru-paru mereka sedang mengalami masalah. Berusahalah untuk memulihkan situasi ini.
Memadailah sekadar saya ingin memberitahu di sini agar janganlah suka makan junk food, mandi malam, minum air batu, pengambilan fast food dan sebagainya.
Wallahualam
Uncategorized | Comment (0)Isteri Kuat Berleter
Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.
Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.
Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami.
“Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq”.
“Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni”.
“Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam”.
“Itu saja ke haji?”
“Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari.”
“Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana”.
Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.
“Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni.”
Olah kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi.
Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, “Ni buat-buat baik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni”.
Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam. Si suami pun pulang ke rumah.
Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah.
Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia. Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad.
“Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?”.
“Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba. Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la.”
Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas.
Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.
Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. “Dah mati ke bini aku ni?”
Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.
“Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!”
Jawab si jembalang tu, “Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah”.
Hah?moral of the story?jembalang pun tak tahan dengor org yg suka berleter tau!!!
Agama & Renungan Bersama, Kisah Lucu | Comment (0)60 Tips Mudah Dapat Jodoh
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat.Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti ‘magnet’ yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat
taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh
berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk
berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi
perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan,pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda.Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa : sama-sama gembira, sedih, terperanjat,benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan : tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian,pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal
pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarikanda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal
pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau
kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami
terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman, bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah.
Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Agama & Renungan Bersama, Cinta | Comment (0)Siapa Luqman Al-Hakim??
LUQMAN al-Hakim adalah seorang tokoh yang menjadi sebutan masyarakat Islam hingga kini, lebih-lebih lagi apabila menyentuh mengenai mutiara kata dan ungkapan yang baik lagi terpuji.
Kebenaran mengenai kewujudannya suatu masa dulu di perakui al-Quran apabila kitab suci itu sendiri merakamkan nama beliau dan nasihat bermanfaat daripadanya seperti yang dapat diperhatikan melalui surah Luqman.
“Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmah kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu terpulanglah kepada dirinya dan sesiapa yang ingkar dan tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” (Luqman:12)
Al-Quran menceritakan secara umum personaliti Luqman seperti juga tokoh lain daripada kalangan nabi dan orang beriman.
Justeru, timbul sedikit perselisihan di kalangan ulama dan pengkaji mengenai latar belakang, kehidupan dan ketu runannya.
Malah, nama Luqman itu sendiri dikatakan adalah nama orang Ajam (orang asing), bukannya nama orang Arab.
Ibnu Kathir ada menyatakan dalam kitab sejarahnya: ‘Beliau ialah Luqman bin Unqaa’ bin Sadam.’
Tetapi, ada cerita dari as-Suhaili, dari Ibnu Jarir dan al-Qutaibi: ‘Beliau ialah Luqman bin Tharan.’ Gelarannya Abu An’am.
Al-Allamah al-Alusy berkata: “Kebanyakan pendapat me ngatakan beliau hidup di zaman Nabi Daud a.s.”
Katanya lagi: “Orang juga berselisih pendapat apakah beliau seorang yang merdeka atau hamba? Kebanyakan pihak mengatakan beliau adalah seorang hamba Habsyi.”
Ibnu Qutaibah berkata: “Luqman adalah seorang hamba Habsyi kepada seorang lelaki daripada kalangan Bani Israil. Kemudian beliau dibebaskan dan diberikan harta.”
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Adakah engkau semua tahu siapakah dia Luqman? Mereka pun menjawab: Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu. Baginda bersabda: Dia adalah seorang Habsyi.”
Pendapat yang mengatakan dia adalah seorang Habsyi adalah dari Ibnu Abbas dan Mujahid.
Al-Hassan al-Basri berkata: “Luqman membina sebuah singgahsana di Ramlah, Syam. Pada masa itu tempat terbabit masih lagi belum dibangunkan. Beliau berada di sana se hinggalah lanjut usianya dan meninggal dunia.”
Ibrahim bin Adham berkata: “Aku telah diberitahu bahawa kubur Luqman adalah di antara Masjid Ar-Ramlah dan tempat didirikan pasar pada hari ini. Di tempat terbabit terdapat 70 kubur nabi .”
Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim, dari Abdullah bin Az-Zubair katanya: “Aku telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah: Apakah cerita terakhir yang sampai kepadamu semua mengenai keadaan diri Luqman? Jabir menjawab: Dia adalah seorang yang pendek, pesek hidungnya dari keturunan Naubah.”
Menurut Ibnu Kathir, Luqman adalah seorang lelaki yang soleh, kuat beribadat dan suka memberikan nasihat serta mempunyai kebijaksanaan yang amat tinggi.
Katanya lagi, Luqman adalah seorang hamba yang banyak berfikir dan mempunyai imaginasi yang baik, malah me ngasihi Allah sehingga Allah mengasihinya.
“Beliau juga dianugerahkan dengan kebijaksanaan iaitu lidahnya menuturkan kata-kata yang hak, hatinya berfikir perkara baik sementara badannya bergerak dengan baik.
“Sekiranya beliau berbicara, bicaranya penuh bijaksana dan sekiranya beliau berfikir, pemikirannya penuh bijaksana dan sekiranya beliau bergerak, pergerakannya penuh bijaksana,” katanya.
Luqman adalah orang pertama yang dipengaruhi dengan hikmah serta beramal dengannya. Oleh kerana itu beliau sentiasa berfikir.
Beliau adalah seorang yang bijaksana, bersifat zuhud di dunia, tidak mengendahkannya dan tidak memandang ke padanya.
Dikatakan, sesungguhnya rumah Luqman adalah sebu ruk-buruk rumah dan lebih daif dari sarang labah-labah. Suatu ketika beliau pernah ditanyakan mengenai keadaan terbabit lalu katanya: “Ini sudah cukup banyak bagi orang yang akan mati.”
Luqman melalui pelbagai peristiwa dalam kehidupannya, antaranya seperti diceritakan, suatu hari beliau masuk ber temu Nabi Daud a.s yang sedang membakar baju besi, lalu beliau ingin bertanya kepadanya namun Nabi Daud men diamkan diri.
Apabila Nabi Daud menyelesaikan baju besi terbabit dan siap untuk dipakainya, baginda berkata: “Engkaulah pemakai baju perang yang paling baik.”
Luqman pun berkata: “Berdiam diri itu adalah hikmah (kebijaksanaan), tetapi amat sedikit orang yang melaku kannya.”
Beliau suka duduk lama bersendirian. Pada suatu hari tuannya lalu di hadapannya lalu berkata: “Wahai Luqman, sesungguhnya engkau ini sering kali duduk lama bersen dirian. Sekiranya engkau duduk dengan manusia ternyata ia lebih baik buatmu.”
Dijawab Luqman: “Bahawa duduk bersendirian itu aku dapat memahami bagaimana untuk berfikir. Sementara lama berfikir penunjuk jalan ke syurga.”
Ibnu Kathir menegaskan ulama salaf berselisih pendapat mengenai diri Luqman, sama ada dia seorang nabi atau seorang hamba yang soleh tanpa taraf kenabian?
Antara dua pendapat ini kebanyakan mereka berpegang dengan pendapat kedua.
Dipetik dari Ibnu Abbas katanya: “Luqman bukanlah se orang nabi mahu pun raja, tetapi beliau seorang pengembala ternakan yang berkulit hitam. Allah memerdekakannya dan sesungguhnya Dia reda dengan segala kata-kata dan wasiat Luqman… ”
Mengenai sifat hikmahnya, Luqman al-Hakim pernah di tanya, lalu beliau menjawab: “Aku tidak meminta sesuatu yang sudah aku cukupi (ada) dan aku tidak melampau-lam pau dalam sesuatu yang tidak berkenaan dengan diriku.”
Beiau juga pernah ditanya, dari siapa mempelajari kata-kata hikmah itu, lalu katanya: “Dari orang yang jahil dan bodoh. Setiap kali aku melihat suatu keaiban di kalangan mereka, aku berusaha keras untuk menjauhinya.”
Dalam satu dialog dengan anaknya, beliau ditanya: “Wahai bapaku sifat manakah yang ada dalam diri manusia yang paling baik?”
Luqman menjawab: Agama.
Anaknya bertanya: Sekiranya ada dua?
Luqman: Agama dan harta.
Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada tiga?
Luqman: Agama, harta dan sifat malu.
Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada empat?
Luqman: Agama, harta, sifat malu dan akhlak yang baik.
Anak bertanya lagi: Sekiranya ada lima?
Luqman: Agama, harta, sifat malu, akhlak yang baik dan sifat pemurah.
Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada enam?
Luqman: Wahai anakku, sekiranya lima sifat ini terkumpul dalam diri manusia, dialah seorang yang bersih lagi bertakwa. Dia hanya bertuankan kepada Allah dan menjauhkan diri dari syaitan.
Kelebihan menamakan anak Muhammad atau Ahmad
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalammualaikum wrwb,
Beberapa hadis telah diriwayatkan untuk menyatakan beberapa kelebihan bagi anak-anak yang dinamakan Muhammad atau Ahmad mudah-mudahan menggalakkan orang-orang menamakan anak mereka dengan salah satu nama-nama itu.
Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda :
“Akan berdiri dua orang hamba Allah di hadapan Allah Ta’ala di padang Mahsyar lalu Allah Ta’ala memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga maka berkatalah mereka berdua : “Hai Tuhan kami bagaimanakah kami berhak masuk surga? Lalu berfirman Allah Ta’ala : “Hai hambaKu berdua, masuklah kedua-dua kamu ke dalam Syurga kerana Aku telah bersumpah kepada diriKu bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk Neraka.”
Dan telah diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad bahawa apabila berlaku Hari Kiamat maka akan berteriak satu teriakan. “Bangunlah hai sesiapa yang namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga sebagai penghormatan agung kepada Nabi Muhammad saw.”
Dan pada suatu riwayat yang lain pula bahawa akan berteriaklah suatu yang berteriak pada Hari Kiamat: “Hai Muhammad,” lalu Nabi saw pun mengangkat kepalanya pada tempat itu maka Allah Ta’ala pun berfirman : “Saksikanlah bahawa Aku mengampunkan tiap-tiap sesiapa yang namanya sama dengan nama Muhammad”
Dan daripada Ali bin Abu Talib k.w. bahawa ia telah berkata : “Tidak ada suatu hidangan makanan yang disimpan lalu datang hadir padanya seorang yang namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta’ala memuliakan rumah itu dua kali ganda.”
Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi saw yang telah bersabda : “Barangsiapa ada isteri yang sedang mengandung dan bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di dalam rahim itu Muhammad maka Allah Ta’ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah nescaya Allah Ta’ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu”
Telah bersabda Nabi saw lagi : “Apabila kamu namakan seseorang itu Muhammad maka hendaklah kamu hormatkan dia dan lapangkan tempat baginya di dalam sesuatu majlis dan jangan masamkan atau hodohkan mukamu kepadanya.”
Agama & Renungan Bersama, Keluarga | Comment (0)Kemuliaan lailatul qadar
BULAN Ramadan merupakan satu bulan yang penuh keberkatan di mana Allah SWT meluaskan rahmat-Nya agar menaungi seluruh hamba-hamba- Nya yang tekun beribadat dan taat kepada-Nya dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.
Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1,000 bulan, iaitu lailatul qadar. Padanyalah diturunkan al-Quran yang dijadikan panduan bagi seluruh umat Islam.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).
Oleh itu, sesiapa yang beribadat pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatul qadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1,000 bulan.
Apakah itu lailatul qadar?
Tentang makna al-Qadr, sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud pengagungan. Dari sini dapat kita fahami bahawa lailatul qadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan Allah serta Allah akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadat pada malam itu.
Al-Qadr juga bermaksud penetapan. Oleh itu, lailatul qadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya. Ini jelas bertentangan dengan tanggapan kebanyakan umat Islam di Malaysia yang beranggapan bahawa malam Nisfu Syaaban merupakan malam di mana Allah menetapkan apa yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya.
Mereka berhujah dengan firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba Kami tidak ditimpa azab). (Kami menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan yang bakal berlaku. (al-Dukhan: 3-4.
Menurut tafsiran ‘Ikrimah, malam yang diberkati dan ditetapkan segala urusan manusia itu adalah malam Nisfu Syaaban. Namun, pendapat ini tertolak kerana nas-nas yang sahih menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan. Malam yang diberkati itu adalah malam lailatul qadar sebagaimana yang terdapat di dalam surah al-Qadr yang penulis paparkan sebelum ini.
Al-Hafiz Ibn Kathir r.h ketika mentafsirkan surah al-Dukhan, ayat 3-4, katanya: “Allah berfirman menjelaskan tentang al-Quran al-Adzim bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang penuh berkat, iaitu malam al-Qadr sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Qadr: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr. (al-Qadr: 1).
Hal itu terjadi pada bulan Ramadan sebagaimana firman Allah: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran padanya…(al-Baqarah: 185).
Pengajaran di sini ialah sesiapa yang mengatakan bahawa malam yang dimaksudkan (dalam surah al-Dukhaan itu) adalah malam Nisfu Syaaban seperti yang diriwayatkan daripada ‘Ikrimah, bererti dia telah menjauhkan diri dari pengertian asalnya. Ini kerana, nas al-Quran menegaskan bahawa yang dimaksudkan dengan malam yang penuh berkat itu (lailatul qadar) adalah pada bulan Ramadan. (Rujuk Kitab Tafsir al-Quran al-’Adzim karya al-Hafiz Ibn Kathir, jil. 4, ms. 137).
Syeikh Muhammad Abdul Salam r.h berkata: “Keyakinan bahawa malam Nisfu Syaaban adalah malam al-Qadr adalah keyakinan yang salah”. Demikian kesepakatan para ulama hadis sebagaimana dijelaskan oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya. Ketika menjelaskan Sunan al-Tirmizi, Ibn al-Arabi mengatakan bahawa firman Allah di dalam surah al-Dukhan, ayat 3: Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran bermaksud diturunkan pada malam Nisfu Syaaban adalah tidak benar kerana Allah tidak pernah menurunkan al-Quran pada bulan Syaaban.
Ayat itu harus difahami secara lengkapnya sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr di mana lailatul qadar itu hanya wujud pada bulan Ramadan. Hal ini juga ditegaskan oleh Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 185 di atas tadi.
Keyakinan al-Qadr berlaku pada malam Nisfu Syaaban bertentangan dengan Kitabullah dan jauh terpesong dari isi kandungannya.
Perlu kami ingatkan bahawa Allah sendiri menegaskan tentang malam itu di dalam surah al-Dukhan, ayat 3: (Kami menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan bermaksud pada malam al-Qadr dijelaskan segala hal kepada malaikat bukannya pada malam Nisfu Syaaban. (Rujuk Kitab al-Sunan wa al-Mubtada’at karya Muhammad Abdul Salam Khadr al-Syaqiry, ms. 156).
Bilakah berlakunya lalitaul qadar?
Sabda Rasulullah SAW: Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadan. (riwayat al-Bukhari di dalam sahihnya, no: 2017.
Dalam sabdanya yang lain baginda SAW menyebut: Carilah (lailatulqadar) pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah Dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1165).
Kombinasi hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula 10 malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29.
Oleh MOHD. YAAKUB MOHD. YUNUS
Kenali lelaki dan ragam mereka…
Kenali Lelaki dan Ragam Mereka
Tiap orang punya perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tipulah kalau ada yang menafikannya. Cuma mungkin ada yang masih belum bersedia untuk menjalinkan sebarang komitmen dan maintain single. Bukan apa, itupun satu langkah berjaga jaga.. takut tersalah pilih! Maklumlah, lelaki ni banyak jenis dan spesisnya (sama macam perempuan juga)! Tersilap pilih, merana badan. Tak usah terlalu memandang paras rupa yang tampan bergaya tapi perangai… Tuhan saja yang tahu! Yang penting, hati kita bahagia bersamanya. Rupa tu, asalkan `sedap’ mata kita memandang, cukuplah. Orang lain tu, peduli apa! Kalau bahagia… . kita. Kalau derita pun… kita yang tanggung! Di bawah ini diberikan beberapa cara untuk mengenali jenis lelaki yang ada agar anda boleh membuat pemilihan yang sewajarnya!
Lelaki Bersemangat
Bagaimana mengenali mereka:
Personaliti diri mereka boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan ehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh.
Maknanya:
Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini
seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh
menjadi pendorongnya di dalam kerjayanya itu.
Lelaki Takut Komitmen
Bagaimana mengenali mereka:
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis.
Mengalahkan VIP pulak tu!
Maknanya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan
seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.
Lelaki Anti Perempuan
Bagaimana mengenali mereka:
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga
sendiri.
Maknanya:
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!
Lelaki Playboy
Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan up to date. Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya pandai ayat lah ni!
Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.
Maknanya:
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga.
Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!
Lelaki Tradisi
Bagaimana mengenali mereka:
Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.
Maknanya:
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi
dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.
Lelaki Korporat
Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.
Maknanya:
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.
Lelaki Keparat
Bagaimana mengenali mereka :
Lelaki jenis ini suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja dan boleh dilihat di kawasan parking kereta dan tempat di mana kutu rayau selalu berada.
Maknanya :
Lelaki jenis keparat ini tidak sesuai dijadikan suami kerana perangainya memang kekeparatan dan asyik meminta wang semasa orang ramai parking kereta atau motor.Lagi pun wang yang diperolehi digunakan untuk membeli najis dadah dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola sepak.
bagaimana hendak mengenali lelaki yg baik
assalamualaikum w.b.t…
disini, saya ingin berkongsi dengan saudari-saudari sekalian bagaimana hendak mengenali lelaki yang baik.
Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa dan boleh bertindak bodoh.
Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindak betul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu.
�Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur.� Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.
Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur saja, siapa pun tidak suka jika dia dikatakan tidak baik, meskipun dia memang tidak baik. Jadi, cuba bayangkan perasaan seorang yang baik tetapi asyik dicurigai.
Persoalannya bagaimanakah hendak mengenali lelaki baik? Memang sukar namun kita perlu berpegang pada satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan. Kita boleh kata tak semestinya begitu dan tak semestinya begini, tapi jika kita terus berkata begitu, kita tidak akan mencapai kesudahan. Kita akan menjadi seorang jurutikai dan tiba-tiba tanpa kita sedar dia sudah pun meninggalkan kita kerana tidak tahan dengan kerenah kita.
Oleh itu, jadikan apa yang akan saya paparkan di bawah ini sebagai panduan saja. Tidak semestinya betul, harus salah.
Lelaki itu jujur jika:
1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu. Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.
2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya. Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan agamanya.
3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya. Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh ahli keluarganya. Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.
Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu �sempurna�. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin hubungan-hubungan �luar biasa� sebab kesibukannya bersama kerjaya, keluarga dan TUHAN.
Kerjaya menjadikannya seorang yang sibuk untuk mengejar matlamat, keluarga sandarannya untuk menjadi seorang penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda fikir seorang lelaki yang mempunyai tiga aspek begini masih patut dicurigai?
Ramai suri rumah akhirnya ditinggalkan kerana terlalu prasangka, menyangka yang bukan-bukan serta merangsang suami dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Nasihat saya, berilah kepercayaan padu kepada suami anda selagi belum terbukti sesuatu. Selagi ia berlegar dalam pemikiran ia tidak perlu dilayan.
Selamat membina perhubungan intim dan jadilah orang yang ceria serta bahagia sepanjang hidup kita. Saling mempercayai lebih bagus daripada saling mencurigai.
(artikel ini dipetik dari majalah Remaja yang dihasilkan oleh Dr. H.M. Tuah Iskandar)