Kerugian wanita yang menolak perkahwinan..
“hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.
Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.
Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.
Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.
Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat. Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.
Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah: “Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”
Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.
Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.
Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.
Sabda Rasulullah saw: “Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.
Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab baginda, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).” Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.”
wassalam
Agama & Renungan Bersama, Keluarga | Comment (0)Pengurusan wang cara Islam jamin kebahagiaan keluarga
MENABUNG: Pelaburan bijak serta mengikut syariah pastikan pendapatan
diperoleh mendapat keberkatan.
MASIH ada segelintir individu yang menganggap persoalan pengurusan dan perancangan kewangan sebagai perkara remeh sedangkan perkara itu amat mustahak untuk mengelakkan seseorang daripada dibebani hutang keterlaluan dan perasaan gusar serta tertekan ketika dihimpit kecemasan.
Kegagalan mengurus dan merancang kewangan dengan baik juga menyebabkan ada yang mudah terperangkap dengan gaya hidup berhutang sama ada dengan pelbagai tawaran kad kredit atau pinjaman daripada institusi kewangan.
Pengerusi Eksekutif Hijrah, Strategic Advisory Group Sdn Bhd, Rohani Mohd Shahir, berkata pengurusan kewangan yang bijak termasuklah mengimbangi perbelanjaan dan pengurusan hutang, pelaburan bijak serta mengikut syariah dan memastikan pendapatan diperoleh mendapat keberkatan.
Katanya, semua itu penting bukan untuk kebaikan diri semata-mata, tetapi demi memastikan dapat melahirkan keluarga yang sejahtera di samping umat beriman dan bertakwa.
“Dalam Islam jelas menyatakan mengurus dan membelanjakan harta benda dengan jalan yang betul adalah antara amanah daripada Allah. Barang siapa yang tidak berbuat demikian akan disoal pada hari pembalasan kelak.
“Berdasarkan syariah, menguruskan kewangan adalah satu keperluan dan ia bertujuan untuk mencapai kehidupan yang lebih bermakna. Unsur halal dan mendapat keberkatan Allah sudah tentu menjadi faktor utama dalam Islam apabila menjana pendapatan, perbelanjaan dan pelaburan,” katanya ketika memberi ceramah bertajuk, ‘Pengurusan Harta Secara Islam’ anjuran Bank Islam (Malaysia) Berhad (BIMB), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Rohani berkata, umat Islam digalakkan mencari kekayaan dan bukan hanya berserah segala-galanya kepada qada dan qadar. Ini bermakna, individu perlu berusaha mencari harta kekayaan dan pada masa sama memastikan sumber rezeki diperoleh adalah halal dan direstui Illahi.
Beliau berkata, sumber keluarga perlu diurus untuk mencapai matlamat dan aspirasi keluarga. Cara mana sumber diurus akan mempengaruhi kualiti hidup keluarga. Malah, keluarga yang ada keselamatan ekonomi didapati mempunyai perantara yang dapat digunakan bagi mencapai kesejahteraan hidup.
“Merancang kewangan keluarga perlu dibuat dari awal dan bukan apabila sudah ada masalah timbul, baru hendak berbuat demikian. Sebaik-baiknya, wang yang ada perlu dilaburkan mengikut syariat dibenarkan Islam dan diuruskan dengan baik supaya kita berterusan mempunyai kuasa beli dan wang atau kekayaan dimiliki akan terus bertambah,” katanya.
Antara pengurusan yang baik, Rohani berkata ialah memastikan diri berdisiplin untuk membuat simpanan asas secara tetap. Bagi yang ingin membuat pelaburan pula perlulah ada kefahaman mengenai risiko dan profil pulangan bakal dikecapi.
Faktor lain yang mesti dipertimbangkan ialah menyesuaikan pelaburan dengan kewangan diperlukan, di samping mengenal pasti sasaran keuntungan dan strategi mengurangkan kerugian.
“Bagi wanita yang sudah berkahwin misalnya, mestilah sentiasa beringat dan mempunyai pengurusan kewangan sebelum berlaku perkara tidak diingini dalam rumah tangga. Walaupun tidak meminta perkara buruk berlaku dalam rumah tangga, kita hendaklah sentiasa bersedia daripada sekarang.
“Kita juga mesti ingat lazimnya, sesuatu yang baik akan dikecapi dan dimiliki ketika berada dalam saat manis, tetapi apabila berlaku keretakan semuanya berasa masam belaka,” katanya.
Beliau turut berkongsi beberapa panduan dan kaedah sesuai untuk merancang kewangan. Antara yang boleh diamalkan ialah melalui kaedah ‘Sistem Sampul Surat’. Kaedah yang memerlukan individu memasukkan wang di dalam sampul surat itu bukan saja mudah, tetapi dikatakan masih diamalkan di Amerika Syarikat sebagai salah satu cara untuk menguruskan kewangan dan berbelanja cara berhemah.
Rohani berkata, melalui kaedah itu duit daripada pendapatan bersih diterima setiap bulan akan diagihkan dan dimasukkan ke dalam sampul surat untuk setiap keperluan yang sudah ditetapkan contohnya, untuk diri sendiri, ansuran rumah, ansuran kereta, bayaran bil elektrik dan air, keperluan barangan dapur dan sebagainya.
Satu lagi kaedah perancangan kewangan berkesan yang boleh digunakan ialah ‘kuasa penggandaan’ iaitu memastikan setiap pulangan yang diperoleh melalui pelaburan tidak dikeluarkan atau dibelanjakan sehingga tempoh pelaburan tamat sebaliknya, ia dijadikan simpanan tetap supaya terus berlipat ganda.
“Dalam kita mengejar kekayaan dan harta benda di dunia, jangan lupa tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Allah menyeru bahawa setiap harta diperoleh ada bahagian yang perlu dikongsikan iaitu perlu dibayar zakat dan diagihkan kepada memerlukan. Mengeluarkan zakat bukan saja menyucikan harta yang dimiliki, tetapi mengikis perasaan tamak dan mementingkan diri sendiri,” katanya.
FAKTA:
Elemen utama pengurusan harta secara Islam
Strategi perancangan kewangan Islam:
Petua Berumahtangga
Dalam melayari bahtera rumahtangga, kadang-kadang terasa bahagia dan kadangkala rasa rumahtangga begitu membosankan. Umpama air laut, ada pasang surutnya, ada masa tenangnya dan ada masa gelisah dilanda ombak yang begitu kuat menghempas.
Sebagaimana pepatah Melayu mengatakan lidah dan gigi lagikan tergigit, inikan pula pasangan suami isteri. Walau bagaimana agungnya cinta yang dibina dan walau bagaimana erat kasih sayang yang dijalin dan dipupuk, seperti juga hubungan di antara lidah dan gigi mencerna makanan, walau rapat sekalipun namun sesekali tergigit juga.
Pertelingkahan kecil atau ada rasa tidak puas hati di antara suami isteri memang perkara yang mudah berlaku. Tapi kalau dibiarkan berlarutan dan tidak dibendung segera, pertelingkahan kecil akan jadi besar dan akhirnya mengakibatkan kehancuran pada sesebuah rumahtangga.
Seperti ombak kecil, ia hanya akan mengakibatkan kapal terumbang ambing. Tapi kalau ombak sudah besar, mungkin kapal akan ditelannya. Pertelingkahan atau rasa tidak puas hati jangan dibiarkan berlarutan. Tapi sebaliknya hendaklah segera dibendung dan dibaiki oleh kedua-dua belah pihak agar jangan sampai penyakit yang sudah parah baru kelam-kabut hendak dicarikan ubatnya.
Bagi mengelakkan sengketa jadi besar, perkara awal yang perlu dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak ialah dengan memeriksa atau mengkoreksi diri sendiri, apakah punca pertelingkahan itu berlaku? Kajilah, mungkin salah seorang atau kedua-duanya sekali ada terbuat dosa samada di dalam atau di luar rumah, yang zahir mahu pun yang batin. Kadang-kadang dosa yang tanpa disedari itulah yang menjadi hijab dalam mewujudkan ketenangan dan sakinah dalam rumahtangga.
Kalau suami atau isteri telah berbuat dosa keadaan begini boleh berlaku: Suami pulang ke rumah untuk bertemu dengan isteri. Tentu pulang dalam keadaan letih dan lesu setelah seharian mencari nafkah atau berjuang di tengah masyarakat. Tanpa diduga atau disedari tiba-tiba rasa hendak marah pada isteri yang mungkin tidak sempat hendak berhias atau melihat anak-anak yang tidak terurus.
Manakala si isteri pula bila lihat suami yang balik dalam keadaan marah-marah, ia merasa seolah-olah suami sudah tidak menyukai dan menyayanginya lagi. Maka timbullah rasa hambar dan dinginnya rumahtangga yang telah dibina sekian tahun.
Isteri pula kalau merasa dirinya tidak dihargai lagi, mulalah ia memendam rasa. Maklumlah fikiran wanita singkat dan dunianya tidak seluas lelaki. Masalah yang kecil itu dirasakan cukup berat lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan kerenah anak-anak dan kerja rumah yang tidak pernah selesai. Fikirannya akan bertambah terhimpit dan jiwanya makin menderita.
Lantaran terlalu lama memendam rasa akhirnya pecah terburai juga segala isi hati yang dipendam selama ini. Bagi isteri yang lembut mungkin dilepaskan geramnya dengan kata-kata dan nada memujuk tapi sungguh sinis, tajam dan berbisa sekali. Dan yang lebih dahsyat sekali dihamburkan pada suaminya dengan kata-kata yang kesat, pedas dan kasar. Yang penting hatinya puas. Suami yang tidak mahu sengketa itu berpanjangan mungkin mengambil sikap segera mengalah. tapi sebenarnya hatinya sungguh terluka dibuat begitu.
“Wahai para isteri, adakah kamu sudah lupa bahawa redha suami bermakna redha Allah? Kalau hati suami sudah luka apakah kamu akan mendapat keredhaan Allah? Ingatlah, Rasulullah pernah tangiskan bahawa penghuni neraka kebanyakan adalah wanita yang derhaka pada suaminya.
Kenapa harus tersinggung pada suami walaupun benar suami yang bersalah? Setiap isteri harus memahami bahawa setiap apa yang berlaku semuanya dalam perancanaan Allah walaupun perkara itu kita suka atau tidak. Mungkin dosa yang dilakukan secara sedar atau tidak itulah yang menyebabkan sengketa itu terjadi. Allah hukum melalui tindakan suami yang menyinggung hati. Allah datangkan masalah itu, sebenarnya sebagai penghapusan dosa yang telah kita lakukan. Hukuman dari Allah ini adalah sebagai tanda kasih sayang dari-Nya supaya di akhirat kelak kita tidak akan dihukum lagi.
Untuk itu kita kenalah selalu bertaubat dan mengawasi diri kita dari terjebak dengan dosa samada dosa lahir atau batin. Rasulullah saw seorang yang maksum lahir dan batin terpelihara dari dosa sentiasa bertaubat sehari semalam 100 kali. Lebih-lebih lagi muka macam kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan maksiat. Oleh itu kita kena selalu menangis dan mengenang dosa kita. Dan Yakinlah setiap yang berlaku itu terkandung seribu hikmah di sebaliknya.
Sekiranya kita telah rasa bersalah segeralah mencari jalan dengan meminta maaf dan memberi maaf pada suami akan ketelanjuran kita itu. Lebih-lebih lagi orang yang banyak jasa pada kita, kenapa harus kita menyusahkannya? Carilah jalan supaya suami kembali redha pada kita dengan berbuat apa sahaja yang disukai.
Ketika itu pertelingkahan kecil dalam rumahtangga selalunya akan membawa kepada kemesraan hubungan suami isteri yang lebih tinggi. Setelah diuji, Allah datangkan pula nikmat dalam rumahtangga. Setelah sengsara berlalu akan datanglah bahagia. Setelah puas menangis kerana menanggung luka di hati, akan datang pula kasih sayang, perhatian dan pujukan dari suami.
Raumahtangga akan kembali tenang dan bahagia. Dan ketika itu jadilah rumahtangga sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah saw iaiatu rumahtanggaku adalah syurgaku.
Kisah Tauladan - Kisah Raja Yang Zalim
Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya. Hingga akhirnya ada seorang tabib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan.
Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu. Aneh bin ajaib… walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.
Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat di cintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali. Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.
Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka mengadap Tuhan dan bertanya, “Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?”
Tuhan pun berfirman, “Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang mengadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah! Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang mengadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman dosanya telah Ku tunaikan seluruhnya di dunia!
Agama & Renungan Bersama | Comment (0)Sepotong Roti Penebus Dosa
Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahwa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku,ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti.”
Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga dia n tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelimang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.
Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.
Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, karena disangka sebagai orang miskin.
Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut,sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.”
Orang yang membagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri,roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti.”
Mendengar ungkapan dari orang yang membahagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.
Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ia ternyata menjadi penebus dosa.
Agama & Renungan Bersama | Comment (0)Sanggup bunuh demi harta
DULU ada seorang lelaki datang kepada Nabi Isa as dan ingin bersahabat dengannya. Nabi Isa menerima permintaan lelaki itu.
Satu hari mereka berjalan di tepi sungai dan makan tiga potong roti. Nabi Isa sepotong, sepotong untuk orang itu manakala sepotong lagi disimpan.
Nabi Isa kemudian pergi ke sungai untuk minum dan apabila kembali semula roti yang sepotong itu tidak ada. Lalu Nabi Isa bertanya sahabatnya: “Siapa mengambil sepotong roti itu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak tahu.”
Maka berjalanlah kedua-duanya. Tiba-tiba mereka melihat rusa dengan dua anaknya, maka ditangkap satu daripada anak rusa itu lalu disembelih dan dibakar. Kemudian dimakan berdua. Lalu Nabi Isa menyuruh anak rusa yang dimakan itu supaya hidup kembali, maka hiduplah ia dengan izin Allah.
Kemudian Nabi Isa bertanya: “Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti kekuasaan-Nya itu, siapakah yang mengambil sepotong roti itu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak tahu.”
Kemudian, kedua-duanya meneruskan perjalanan hingga sampai ke tepi sungai, lalu Nabi Isa memegang tangan sahabatnya dan mengajaknya berjalan hingga sampai ke seberang, lalu ditanya sahabat itu sekali lagi: “Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti ini, siapakah yang mengambil sepotong roti itu?” Lelaki itu menjawab: “Aku tidak tahu.”
Kemudian berjalanlah mereka ketika di hutan. Mereka duduk-duduk dan Nabi Isa mengambil tanah serta kerikil lalu diperintahkan: “Jadilah emas dengan izin Allah.” Maka dengan tiba-tiba tanah dan kerikil itu berubah menjadi emas, lalu dibahagi tiga bahagian.
Nabi Isa berkata: “Untukku sepertiga, dan kamu sepertiga, sedang sepertiga ini untuk orang yang mengambil roti.” Serentak sahabat itu menjawab: “Akulah yang mengambil roti itu.”
Nabi Isa berkata: “Maka ambillah semua bahagian ini untukmu.” Lalu kedua-duanya berpisah. Kemudian orang itu didatangi dua orang yang mahu merompak harta itu dan membunuhnya.
Begitupun, lelaki itu membuat tawaran berkongsi emas dimilikinya. Perompak terbabit setuju, lalu menyuruh seorang pergi ke pasar berbelanja makanan.
Maka timbul perasaan orang yang berbelanja itu, dan berkata dalam hatinya:
“Untuk apa kita membahagi wang dan harta ini. Lebih baik makanan ini saya bubuh racun saja, biar kedua-duanya mati, dan saya ambil semua harta itu.”
Lalu dibubuhnya racun dalam makanan itu. Sementara orang yang tinggal itu berkata: “Untuk apa kita membahagikan harta ini, lebih baik jika dia datang, kita bunuh saja, lalu harta itu kita bagi dua.”
Ketika datang orang yang berbelanja itu, dia segera dibunuh oleh kedua-duanya, lalu hartanya dibahagi dua. Kemudian mereka makan makanan yang dibubuh racun itu, matilah kedua-duanya, dan tinggallah harta itu di hutan.
Kemudian ketika Nabi Isa berjalan di hutan dan melihat hal itu, berkata Nabi Isa kepada sahabatnya: “Inilah contohnya dunia, maka berhati-hatilah kamu.”
Agama & Renungan Bersama | Comment (0)3 patah perkataan
Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.
Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah “Shut up you !!”. Sampai rumah dia tanya bapa dia, “’shut up you’ tu bahasa Inggeris ke?” Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.
Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata “Superman !!!” dia tanya bapa dia lagi, “’superman’ tu bahasa inggeris jugak ke” dan bapa dia kata “yes”. Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata “Ladies first”.
Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu.
“aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.
Cikgu: “OK boy, did you get the words?”
Budak: “Yes, teacher”.
Cikgu: “Good, what is your first word?”
Budak
quot;Shut up you!!”
Cikgu: “What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: ” Superman !!!”�
Cikgu: “Bloody fool! Get out from this class!”�
Budak: “Ladies First!!”
Thank you
Kisah Lucu | Comment (0)Tip Suami Isteri - Cari alternatif kekal bahagia
Bercinta sering mengundang pelbagai perasaan. Ada juga yang mengatakan, betapa indahnya percintaan kerana segalanya bagaikan penuh kenikmatan.
Apapun, tidak semua diimpikan akan tercapai apabila dua insan daripada latar berbeza tidak mencapai kesepakatan, kurang memahami selain tiada lagi persefahaman.
Lebih membuatkan hati terluka apabila pasangan berlaku curang. Baik wanita mahupun lelaki, kecurangan boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya:
- Kurang benteng keimanan. Jika sifat mata keranjang tidak dibentengi keimanan, sudah pasti menimbulkan peluang untuk berlaku curang.
- Kadangkala, lelaki jatuh cinta pada wanita yang se akan-akan ibunya. Dia jatuh cinta kerana menganggap wanita itu akan berkelakuan seperti ibunya.
Namun harapan tinggal harapan apabila isterinya tidak seperti yang diharapkan lantas suami cuba mencari yang lain.
- Suami rasa tersingkir. Isteri mungkin tidak cukup masa melayan suami kerana lebih banyak memberi perhatian pada anak lantas suami mungkin berasa dirinya tidak lagi di perlukan.
- Hasrat biologi yang tidak dipenuhi oleh pasangan dalam kehidupan rumah tangga mungkin membawa akibat buruk jika tidak diselesaikan segera termasuk masalah ketidak puasan dalam hubungan seksual.
- Kebosanan boleh menyebabkan suami kadangkala rasa tidak puas dengan rutin hidup seharian. Dia mungkin mahu mencuba sesuatu yang baru sehingga kadangkala terjebak dalam situasi yang tidak sepatutnya.
Pasangan harus mencari alternatif supaya kebahagiaan dapat dipertahankan. Memberi peluang kedua kepada suami curang mungkin langkah terbaik.
Isteri juga harus berubah sikap kerana tidak semua ke salahan berpunca daripada suami.
- Jika senang bercerita dengan teman, amalkan sikap bercerita dengan pasangan. Jadilah seorang yang suka men dengar, menerima dan menunjukkan minat pada setiap perkara yang diminati pasangan.
- Berkasih sayang antara aspek penting dalam kebahagiaan rumah tangga. Ia tidak semestinya diucapkan dengan ka ta-kata, sebaliknya boleh dizahirkan dengan perbuatan.
- Ambil berat. Bertimbang rasa pada pasangan kerana sikap itu akan membuatkan pasangan anda lebih positif.
Luangkan masa menelefonnya biarpun hanya seketika. Berikan sokongan jika dia sedang bersedih atau panik
Agama & Renungan Bersama, Cinta, Keluarga | Comment (0)Sayang Duit Atau Bini?
“Sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik idung masin, taik mata pun masin gak. Salah satu xtvt tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.
Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan.
Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. “Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?” tanya si suami “Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan” jawab pilot tu. “Uuiishh..mahalnya, tak jadi la saya nak naik” jawab si suami lalu menarik tangan isterinya
berlalu dari situ. “Alaa… abang ni, RM50 pun nak berkira, setahun sekali je bang, dah lama saya nak naik pesawat cam tu” rayu si isteri dengan nada manja dengan harapan si suami akan ubah fikiran. “Jgn nak ngada2, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli” Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu,dlm bank melambak lagi duit dia.
Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekalilagi memujuk suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpa lah mereka dengan pilot tu, pilot yg sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi RM80… Apa lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi. Tahun ketiga, mereka pergi lagi… Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu. “Baiklah, kalau bayaranya kurang dr RM30, kita naiklah”kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam krn dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni. Mereka menuju ke pesawat yang sama cam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama juga. Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100.
Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dr situ.Si pilot td yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula. “Encik, berapa yang encik sanggup bayar?” “Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer”jawab si suami.
Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot td ” Baiklah, encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat”Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer “tapi apa syaratnya” “semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik” jawab pilot td sambil tersenyum.”Baiklah saya setuju” jawab si suami dengan yakin bolehnya.Maka, naiklah mereka akan pesawat tu. Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut tadi. Dia pun buat
lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya. Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sbb suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun.
Dia cuba lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia.
Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer. Bila dah mendarat, cuma si suami yang turun dari pesawat tu. “Ehh? mana isteri encik?”tanya pilot tu terkejut.
“Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi”
“Hahh
apasal tak cakap”
“Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak”
jwb si suami sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu…
Moral carilah suami yang mengasihi isterinya
Kisah Lucu | Comment (0)Boss Yang Jujur dengan isterinya
Seorang boss mempunyai hubungan sulit dengan
setiausahanya. Suatu hari, selesai waktu pejabat,
mereka terus ke rumah setiausaha tersebut. Mereka
bergurau senda, bermesra, dan
ber… um,ah’e'um’… (faham2 aje lah) sampai akhirnya
mereka tertidur.
Boss tersebut tersedar jam 8 malam. kelam kabut
menyarung kembali pakaiannya. pasti isterinya akan
bertanya ke mana dia pergi.. Dia lantas menyuruh
setiausahanya membawa kasutnya keluar, mengotorkan
kasut itu dengan rumput dan lumpur.
Selepas menyarung kasutnya yang kotor itu, boss itu
segera pulang ke rumah.
Di rumah, isterinya sedang menunggu di muka pintu
dengan muka yang marah…
“ke mana abang pergi hah?..malam baru ingat nak
balik?.
“Abang tak mahu berbohong… sebenarnya abang ada
hubungan sulit dengan setiausaha abang. Abang ke
rumahnya tadi. Kami tertidur sehingga malam” jelas
boss itu, menceritakan hal yang sebenarnya.
Si isteri memandang dari atas ke bawah..terpandang
kasut suaminya yang kotor.
“Bohong.gg… .ni mesti abang pergi main golf la
kan?… ..
eeee… .
Kisah Lucu | Comment (0)