Tip Kekasih - Mengeratkan Hubungan Cinta

October 29th, 2008

Ikuti beberapa punca dan tip mengeratkan hubungan bagi setiap pasangan yang sememangnya memberi pengertian bermakna dalam sebuah kehidupan. Yang pasti, elakkan perkara yang boleh menyebabkan si dia berkata “terserah kepadamu sayang….”

Beri pendapat profesional

Jangan terlalu bersikap terburu-buru dalam menghakimi diri sendiri atas alasan si dia tidak lagi mempedulikan kamu dan tidak ingin menerima pendapat atau sedikit komen daripada kamu.

Sebenarnya, sikap sebegini hadir disebabkan kamu merasakan pendapat yang diberikan kepadanya sering diabaikan. Tidak percaya? Cubalah kamu ingat kembali sebab dan alasannya. Sewaktu kamu menanyakan sesuatu atau meminta pendapat yang memerlukan dirinya membuat keputusan, contohnya membeli hadiah perkahwinan rakan atau mengajaknya berhari raya di rumah kamu, adakah kamu mendesak si dia untuk melahirkan pendapatnya?

Jujur dikatakan, kita seringkali mengerti pilihan terbaik yang perlu diputuskan. Namun, situasi ini hanya memerlukan penegasan atau pilihan kedua yang perlu dibuat olehnya. Sekiranya, dia mula memberikan pendapat (yang bukannya pilihan kamu), pasti kamu tetap memilih pilihan kamu sendiri, bukan? Inilah salah satu punca yang membuatkan si dia sering mengeluarkan perkataan ‘terserah kepadamu sayang’.

Tip: Sekiranya kamu sudah membuat pilihan, lebih baik jangan bertanyakan sekali lagi hanya untuk mendapatkan penegasan daripadanya. Namun, jika kamu benar-benar ingin melibatkannya, belajarlah mendengar pendapatnya. Walaupun ternyata pilihannya kurang bagus buat kamu, jangan marah atau meremehkan lagi seleranya. Jelaskan dengan baik, (tanpa nada tinggi) bahawa pilihan yang dia berikan agak kurang tepat. Selain itu, situasi ini tidak menimbulkan pertengkaran dan tidak membuatkan dirinya berasa diabaikan.

Tidak perlu bertikam lidah

Dalam menghadapi musim perayaan ini, mungkin muncul masalah yang tidak diduga di antara kamu berdua. Apa yang difikirkannya mungkin tidak sama apa yang berlegar di dalam kotak fikiran kamu. Satu-satunya cara kita menepis kesemua masalah itu adalah dengan membicarakannya. Namun, ada kalanya kita sebenarnya berbicara untuk ‘membongkar’ masalah yang sedang dihadapi, dan bukannya mencari jalan keluar untuk menyelesaikannya.

Pasangan yang memahami permasalahan kamu itu, mungkin merasakan tidak perlu lagi bertikam lidah sekiranya kamu seringkali menceritakan kepadanya masalah dan penyebab masalah tersebut. Cukup hanya sekali, si dia menasihati dan mendengar masalah yang kamu hadapi. Jangan ceritakan berkali-kali sehingga membantutkan komunikasi kamu dengannya sekali gus memaksa dia mengeluarkan kata-kata ‘terserahlah kepada kamu untuk selesaikannya sendiri’.

Tip: Kamu sememangnya memerlukan penyelesaian? Oleh itu, bicaralah lebih serius sambil duduk berdepan dan menatap anak matanya. Beri signal bahawa kamu sememangnya ingin mendengar setiap pendapat yang dinyatakannya. Ketika dia berbicara, fokus kepada semua nasihat dan kata-katanya. Hargailah pendapatnya dengan melakukan apa yang dia katakan.

Pertanyaan berulang-ulang

Kenapa dia atau kamu selalu menyatakan ‘terserah kepada kamu’? Rasa bosan mendengar kata-kata ‘terserah’ yang seringkali keluar dari mulut kekasihnya, Kamal, mulai mengganggu fikiran Fatin. Ini kerana, setiap kali bertanyakan tentang pakaian yang sesuai dipakai untuk menziarahi saudara-maranya, Kamal sering melemparkan ucapan ‘terserah kepada kamu’. Jawapan itu, membuatkan Fatin menanyakan soalan yang sama berulang kali untuk mendapatkan kepastian.

Tip: Sebenarnya, kamu tidak perlu lagi bertanya berulang-ulang kali. Apatah lagi sehingga dia boleh mengira dengan jari berapa kali pertanyaan yang kamu katakan itu. Walaupun kamu ingin meminta pendapatnya, ajukan pertanyaan dengan cara berbeza. Dan ketika dia menentukan pilihannya (meskipun tidak sesuai dengan pilihan kamu), jangan ditolak apatah lagi diremehkan. Anggaplah ini sebagai bahagian yang harus kamu terima dalam melatih si dia ‘bersuara’.

- NOOR HASLIZA NUSI

Tip Untuk Mengetahui Lelaki Suka Kita Atau Tak

October 29th, 2008

Pernahkah anda tertanya jika lelaki yang anda idamkan sukakan anda? Mungkin anda boleh tanya lelaki itu sendiri, tetapi anda mungkin malu untuk bertanya soalan sedemikian.

Dan jika anda bertanya, anda akan bertambah malu jika lelaki itu memberi jawapan yang beliau tidak sukakan anda.

Anda tak perlu malukan diri. Berikut adalah 3 cara pantas untuk mengetahui jika lelaki yang anda idamkan sukakan anda.

1) Adakah si lelaki itu gelisah bila bersama anda? Lelaki akan kelihatan gelisah atau “tak kena gaya” jika berdepan dengan gadis yang dia suka.

2) Perhatikan gerak geri si lelaki. Dia cuba menenung anda? Atau dia selalu senyum kat anda? Atau dia sering memulakan perbualan? Dan adakah dia berdiri dekat dengan anda. Ini semua adalah tanda yang si lelaki sukakan anda.

3) Sentuhan juga adalah tanda jelas yang si lelaki sukakan anda. Bukan sentuhan intim yang dimaksudkan. Tetapi sentuhan seperti menepuk bahu anda atau geselan cara tak sengaja di tangan anda. Lelaki yang sukakan anda akan mencari peluang untuk menyentuh anda.

Tip Percintaan - Berani katakan tidak

October 29th, 2008

Tip Percintaan

Percaya kepada perkara yang melibatkan mitos mahupun berunsurkan cerita dongeng adalah lumrah kehidupan manusia hari ini. Lebih-lebih lagi pasangan yang sedang mabuk bercinta.

Padahal, terdapat beberapa mitos yang belum pasti kesahihannya, bahkan kadangkala menyesatkan.

Pandangan yang memesongkan ini juga kerap kali berlaku dalam hal yang melibatkan pertikaman lidah atau perang mulut di antara dua pihak, sehingga menyebabkan berlakunya kekerasan dalam perhubungan.

Akibat mitos, ramai wanita menjalani kehidupan tanpa rasa bahagia dan tidak berdaya lagi melawan kudrat kejantanan si lelaki, meskipun ia terjadi berulang kali. Klai ini mari kita berkongsi sebahagian mitos tersebut.

MITOS: Cemburu mahupun kekerasan yang seringkali dilakukan pasangan merupakan suatu bentuk perhatian kepada kamu. Sikap dan kelakuannya itu juga dapat dijadikan bahan bukti atau tanda cinta yang telus dalam melayari dunia percintaan berdua.

Fakta: Cemburu ada batasnya. Itu bukan namanya cinta sejati atau bukti kasih sayang yang begitu mendalam terhadap kamu. Malah, si dia berupaya mengongkong kamu agar patuh, tunduk dan sentiasa menurut segala kemahuannya.

MITOS: Korban kekerasan atau sanggup membiarkan diri dikotak-katikkan semata-mata untuk memuaskan nafsu cintanya. Korban diri ini bukan sahaja dapat membuktikan sejauh mana cinta kamu terhadapnya malah menjelaskan tahap kesetiaan yang begitu mendalam. Jadi, korban diri sendiri menyebabkan punca berlakunya kekerasan.

Fakta: Pasangan akan tetap melakukan kekerasan itu meskipun kamu tidak pernah membangkitkan sebarang kesalahan mahupun tiada sebarang punca yang berbangkit. Kadangkala, dengan cara menyalahkan diri kamu, pasangan berupaya membela diri dan melemparkan kesalahannya dengan cara melakukan keganasan seksual.

MITOS: Jika si dia mula memohon maaf di atas segala kesalahan yang dilakukan ke atas diri kamu sehingga dia bersumpah tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka kamu berasa sudah aman dan meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada dirinya bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan lama itu lagi.

Fakta: Kebiasaannya, titik hitam yang masih bertapak di dalam hati seseorang pasangan akan kembali pada pola lamanya. Sesudah melakukan kekerasan atau melepaskan geram yang tiada sebabnya, si dia seringkali meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Oleh itu, kamu harus waspada kerana janji-janji itu begitu sulit untuk dipercayai.

MITOS: Setelah melakukan kekerasan kepada diri kamu, si dia dilihat semakin mesra. Sehingga adakalanya kamu berserah sahaja segala perbuatan yang dilakukan, tanpa rasa marah dan kecewa.

Fakta: Ini merupakan salah satu pandangan yang begitu memesongkan. Sekiranya kemesraan yang dilemparkan itu berterusan, dia patut dipuji, tetapi sekiranya ia terhenti di tengah jalan, bencana yang akan kamu cari.

MITOS: Janji manis. Sekiranya si dia sudah berjanji akan bertanggungjawab di atas segala perbuatan terkutuk yang pernah dilakukan bersama, maka kamu akan menaruh harapan dan mempercayai segala kata-katanya itu.

Fakta: Hati-hati dengan janji manis atau rayuan yang dilontarkan lelaki di saat dia memaksa kamu melakukan sesuatu untuknya.

MITOS: Pasangan berhak melakukan apa saja memandangkan kamu sudahpun menjadi miliknya, walaupun baru sahaja mengikat tali pertunangan.

Fakta: Tiada seorang pun yang berhak melakukan apa jua perkara yang bertentangan dengan diri kamu selain diri sendiri. Ingat, insan yang bergelar kekasih sememangnya tidak berhak memperlakukan kamu dengan sewenang-wenangnya.

~ Kosmo

10 Zon Larangan Cinta

October 28th, 2008

10 Zon Larangan CintaPercintaan bukanlah satu permainan yang boleh bermula dan berakhir sesuka hati. Oleh itu, bagi mempertahankan sebuah percintaan, jangan sesekali melakukan perkara yang tidak patut dalam cinta. Kamu perlu jujur dan tidak perlu berpura-pura. Tunjukkan sifat kamu yang sebenar dan percayalah orang yang mencintai kamu akan sentiasa menerima kamu seadanya. Selain itu, bagi mempertahankan sebuah percintaan, elakkan dari melakukan perkara-perkara ini dalam hubungan kamu.

1. Bercinta kerana simpati dan kasihan
Kamu tidak akan menjadi dewa/dewi penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia. Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri kamu seandainya simpati menjadi sebab mengapa kamu sudi bertaut cinta dengan si dia. Jangan terlalu mudah jatuh cinta hanya kerana kasihan si dia terlalu mengharap pada kamu. Pastikan kamu menerimanya kerana keistimewaan yang dia miliki. Andainya tiada langsung rasa cinta dalam diri kamu padanya adalah lebih baik kamu berterus-terang padanya. Si dia lebih kecewa andainya tahu kamu sebenarnya tidak mencintainya seperti mana dia mencintai kamu. Perlu ingat dalam cinta tiada paksaan semua orang berhak membuat pilihan sendiri mengikut naluri masing-masing.

2. Melirik kepada jejaka/gadis lain
Tidak dinafikan cinta bukannya penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan tetapi harus ada batasannya. Mata kamu biasanya cepat saja melirik kepada jejaka/gadis lain. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata, namun ia juga boleh membawa kepada kecurangan. Mula-mula jeling-jeling, kemudian berkawan dan tidak mustahil kamu akan jatuh hati padanya pula di kemudian hari. Hargailah setiap yang ada di depan mata. Tidak perlu menjeling pada yang lain selagi yang ada di depan mata kamu sudah cukup sempurna di mata kamu.

3. Bersikap hipokrit
Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar dia berbicara tentang perkara yang kamu tidak suka. Jangan paksa diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah di otak kamu. Hipokrit namanya tu! Biarkan si dia tahu apa yang kamu tidak suka supaya si dia tidak mengulangi perkara yang sama. Namun tegurlah secara baik janganlah sehingga membuatkan dia tersinggung dengan kritikan kamu.

4. Sanggup menyerah kalah
Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton dengannya semata-mata mahu menjaga hatinya. Jangan takut, tidak salah bersaing dan tidak perlulah berpura-pura. Hubungan kamu dan si dia akan menjadi lebih ceria andainya ada persaingan yang sihat. Hari ini dia kalahkan kamu dan hari esok kamu pula cuba untuk mengalahkannya. Namun persaingan mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu. Janganlah sehingga menjejaskan hubungan kamu dan si dia hanya kerana terlalu serius bersaing.

5. Terima semua kesalahan
Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah menjadi satu kesilapan andainya kamu menegur perbuatannya yang ‘kurang’ itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan. Biarpun mungkin si dia sedikit tersinggung dengan teguran kamu, namun berterus-terang itu perlu untuk kebaikan kamu berdua.

6. Harus sentiasa bersama
Orang bercinta kebiasaannya mahu berdua setiap masa. Ke mana sahaja pergi tidak mahu ada orang lain menganggu. Namun ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Apa salahnya kamu masukkan sekali si dia dalam kelompok teman-teman kamu agar si dia boleh membiasakan dirinya. Ada masanya memang kamu perlukan masa untuk berdua, tetapi janganlah asyik berdua sahaja kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan juga.

7. Rapat dengan sahabat karib si dia
Kamu sememangnya perlu bergaul dengan orang-orang yang rapat dengan si dia supaya apabila kamu bersama si dia dan teman-temannya, kamu tidak mempunyai masalah untuk bergaul. Namun hati-hati supaya tidak terlalu akrab terutama dengan sahabat karib si dia. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk lagi kalau temannya jatuh cinta padamu. Oleh itu jalan yang paling baik berkawan setakat kenalan biasa. Jangan terlalu baik sehinggakan ambil berat makan minum dan kesihatannya. Daripada kamu terlalu baik sehingga ke tahap itu lebih baik kamu mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu-bapanya.

8. Berpura-pura tidak cemburu
Kamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka/gadis lain. Cemburu itu perlu ditunjukkan andainya ianya keterlaluan supaya si dia sentiasa menghormati kamu dalam apa jua keadaan. Apabila melihat si dia terlalu asyik berbual dengan jejaka/gadis lain kamu perlu tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu. Tidak perlu sorokkan perasaan kamu hanya semata-mata mahu menunjukkan sikap terbuka kamu sedangkan kamu sakit hati melihat kemesraannya bersama orang lain.

9. Terlalu menerima sikap si dia
Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Namun itu bukan alasan untuk kamu menerima semua keburukannya. Manusia boleh berubah andainya ada kemahuan. Jangan hanya kerana terlalu menyayangi dirinya, kamu pejam mata melihat si dia melakukan perkara yang menyakitkan hati kamu. Fikirkan insiatif dan berbincanglah dengannya agar sikap buruk itu dapat diubah demi kebaikannya.

10. Biarkan si dia sahaja membayar
Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Perempuan ada kalanya terlalu berkira soal belanja dengan lelaki walaupun kekasihnya sendiri. Sikap ini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam sesuatu hubungan perlu ada tolak ansur antara satu sama lain. Barulah hubungan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar dan jangan pula ada yang mengambil kesempatan.

Syaitan takut ganggu rumah tangga bahagia

October 28th, 2008

Syaitan takut ganggu rumah tangga bahagia
Setiap Muslim hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguan syaitan dan iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripada gangguan syaitan adalah:

Membaca al-Quran.

Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya. Membiasakan membaca al-Quran dalam rumah, selain beroleh pahala membawa berkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada gangguan iblis dan syaitan.

Zikir ketika masuk dan keluar rumah.

Daripada Abu Malik al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan: Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri, kemudian memberi salam kepada keluarga.” – (Riwayat Abu Daud).

Memberi salam kepada keluarga dan ahli rumah.

Firman Allah bermaksud: “Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah dari rumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yang bererti salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkan di sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik.” – (Surah an-Nur, ayat 61).

Imam an-Nawawi berkata: “Disukai untuk mengucapkan salam dan banyak berzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada dalam rumah itu ada orang atau pun tidak.” Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi salam, sebab setiap rumah ada penghuni dalamnya iaitu malaikat sebagai penjaga dan pengawalnya. Seseorang yang masuk ke dalam rumah dengan memberi salam dijamin Allah keselamatannya.

Zikir ketika makan dan minum.

Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: “Aku tidak makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak berzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan: “Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan berkata: “Aku boleh bermalam dan makan malam.” – (Riwayat Muslim).

Membersihkan rumah daripada gambar patung.

Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan dalam rumah. Hal ini kerana malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar patung atau tanda salib dalamnya.

Diriwayatkan daripada Aisyah bahawasanya beliau membeli bantal kecil yang ada gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, Baginda berdiri di pintu, enggan masuk ke dalamnya. Maka, diketahui daripada wajah Rasulullah kelihatan rasa tidak senang, lalu Aisyah berkata: “Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan utusannya, apakah dosaku?

Baginda bersabda: “Bagaimana keadaan bantal kecil ini?”

Aisyah menjawab: “Aku sudah membelinya untuk engkau duduk padanya dan bersandar.” Maka baginda bersabda: “Sesungguhnya orang membuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka: Hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu.”

Imam Nawawi berkata, jika hendak membuat juga gambar itu, maka buatlah gambar pokok dan segala sesuatu yang tidak ada roh padanya. Demikian menurut riwayat Bukhari dan lafaz bagi Muslim dan Nawawi.

Membanyakkan solat sunat di rumah.

Solat yang dikerjakan sebagai benteng gangguan syaitan untuk masuk ke rumah. Rasulullah bersabda maksudnya: “Jadikanlah solat sunat dalam rumah kamu dan janganlah jadikan rumah kamu itu sebagai kubur.” – (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Maksud sebagai kubur itu adalah tidak melakukan solat sunat di rumah. Rasulullah selalu mengerjakan solat sunat di rumah sebelum solat fardu di masjid seperti sabdanya bermaksud: “Wahai manusia, solatlah kamu (sunat) di rumah kamu kerana sesungguhnya solat seseorang yang paling afdal adalah di rumahnya kecuali solat wajib.” – (Riwayat Nasai’).

Harmonikan rumah tangga.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakan bahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata: Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orang adalah kamu.” – (Riwayat Muslim dan Nawawi).

Maka, wajib bagi suami isteri untuk bergaul harmoni, ceria dan mesra serta bergaul baik dengan keluarganya untuk mengelak daripada gangguan syaitan dan konconya.

Bentengkan anak daripada gangguan syaitan.

Menjadi kewajipan ibu bapa untuk menjaga zikir pada waktu jimak bagi memelihara anak daripada bisikan dan pengaruh syaitan dari awal lagi.

Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Andai kata salah seorang antara kamu mendatangi isteri, hendaklah memulakan dengan menyebut nama Allah dan berdoa: “Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami, dan jauhkan syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka apabila Allah menjadikan antara mereka berdua seorang anak, tidaklah syaitan akan dapat mengganggu anak itu selama-lamanya.” – (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Daripada Abi Rafi’ bahawa beliau melihat Rasulullah mengazan pada telinga Husin bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dalam keadaan sihat. – (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Kumpulkan anak-anak dan usap kepala mereka. Kemudian ucapkan doa bermaksud: “Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan ancaman berbahaya serta daripada semua mata yang jahat.”

Rasulullah memohon perlindungan kepada Allah dengan doa ini untuk Husin dan Hasan dan mengatakan: “Sesungguhnya bapa kamu berdua memohon perlindungan untuk mereka berdua iaitu Ismail dan Ishak.” – (Riwayat Bukhari dan at-Tirmizi).

Bertengkar Erat Kasih Suami Isteri

October 28th, 2008

Bertengkar Erat Kasih Suami Isteri
KEHIDUPAN suami isteri ibarat gigi dan lidah. Justeru, kadang kala pertengkaran tidak dapat dielakkan walaupun membabitkan soal remeh-temeh.

Bukan semua pertengkaran itu tidak baik kerana ia juga boleh mendatangkan kebaikan, mematangkan suami isteri malah kehidupan berumah tangga.
Pertengkaran juga membolehkan anda meluahkan apa yang terbuku di hati daripada memendam rasa yang akhirnya memudaratkan diri sendiri. Jangan bertengkar sekadar membalas dendam atau menegakkan benang basah.

Pertengkaran adalah petanda awal dalam perkahwinan, iaitu suami isteri cuba menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka.

Bayangkan sebelum ini anda hidup secara berasingan, dalam rumah berbeza dan keadaan yang tidak sama. Selepas berkahwin, anda terpaksa berkongsi bersama pasangan anda dalam segala aspek.

Dalam kehidupan berkongsi itu termasuk minat, selera, cara hidup dan perasaan, tentu ada perbezaan dan perselisihan. Pertengkaran dapat menyatukan semula perbezaan itu.

Kesimpulannya, pertengkaran boleh dielakkan jika tidak dibincang lebih awal dan mengelakkan timbul masalah lebih besar pada masa hadapan.

Tetapi, jika mereka dapat mengatasi perselisihan, mungkin akan lebih mengeratkan hubungan suami isteri.

Petua berdepan pertengkaran

- Jika berlaku pertengkaran, jangan terlalu mencari kelemahan pasangan anda. Jangan hanya mencari kemenangan. Sebaliknya berusaha mencari jalan penyelesaian.

- Jika pertengkaran itu berkaitan sesuatu topik, jangan membabitkan hal lain kerana ia memburukkan keadaan.

- Jangan bertindak menggunakan fizikal atau melemparkan barang. Jangan menggunakan kata-kata kasar dan menyakitkan hati. Gunalah perkataan yang lembut seperti, abang sedih dengan perbuatan itu atau kamu tahu tak betapa hancurnya hati saya ini.

- Jangan membiasakan diri menyendiri atau menjauhkan diri daripada pasangan selepas bertengkar.

- Jangan menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana ia akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

- Jangan biarkan pihak ketiga seperti mentua, ipar atau adik-beradik terbabit dalam pertengkaran. Selesaikan secara baik antara suami isteri.

- Jangan bertengkar di depan anak kerana ini menjadikan anak bingung atau tertekan.

Bawa Bersabar Memilih Jodoh

October 28th, 2008

Bawa Bersabar Memilih Jodoh“Saya ni betul hangat hati,” kata beliau.

“Kenapa pulak?” Tanya saya.

Yer laa, orang lain daripada tak kahwin, lepas tu kahwin. Lepas tu bercerai, lepas tu kahwin semula. Saya masih macam ni jugak.” Keluh beliau dengan nada kesal.

“Boleh tak tolong carikan buat akak? Segera! Boleh tak?” Beliau meminta.

————

Jangan tergesa-gesa hendak berkahwin kak ooi!.

Alam perkahwinan sekiranya tidak dirancang dengan betul akan menimbulkan pelbagai bentuk kesukaran dan masalah. Jangan tergesa-gesa menerima atau memilih pasangan hidup semata-mata kerana tekanan daripada persekitaran. Berkahwin biar bersebab dan sebabnya sudah semestinya kerana agama.

Perkahwinan itu melengkapkan sebahagian agama. Justeru, kita harus memilih individu yang betul untuk melengkapkan agama kita. Jika tergesa-gesa, mungkin tersalah pilih. Apabila tersalah pilih, bukan sahaja agama tidak dapat dilengkapi, malah mungkin menambah kesukaran di dalam beragama.

Sebelum berkahwin, kita mungkin mengidamkan seorang suami yang boleh mengimami solat berjemaah. Suami yang beragama, yang soleh, yang boleh membimbing. Oleh kerana tergesa-gesa berkahwin tanpa selidik, ditambah pula diri sendiri selama ini tidak mahu mendalami dan mengenali ilmu-ilmu agama … akhirnya “terkahwin” dengan seorang pengikut “Ayah Pin”

Tak ka lagi ghaplah?

Di dalam Surah Al-Anbiya ayat 37, Allah berfirman, “Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halya.” Lalu tidak hairanlah ada di antara kita yang tidak menyedarai hakikat ini, terlupa mengawal diri di dalam banyak keadaan. Menjadikan emosi, fikiran, hati mengawal keadaan. Sentiasa tergopoh-gapah dan terburu-buru walaupun di luarnya wajah “kononnya” nampak tenang.

Di dalam sebuah riwayat sahih oleh Imam Muslim, Rasulullah s.a.w. memuji seorang ketua kabilah dari suku Abdul Qais, “sesungguhnya di dalam dirimu ada dua sifat yang dicintai Allah, iaitu sifat santun dan tenang.”[1] Di dalam riwayat lain dinyatakan, “bertindak dengan perlahan-lahan adalah daripada Allah dan terburu-buru itu adalah daripada syaitan.”[2]

Jadi, relaks kak ooi ..

Mungkin, sebelum kita tergesa-gesa membuat keputusan, kita boleh menangkan fikiran dengan mengkaji semula tanggungjawab-tanggungjawab selepas berkahwin.

Khas untuk Kak Bedah ….

Saya petik sebuah riwayat daripada kitab Muhimmah Fi Ilmi Hadith, dikeluarkan oleh Al-Hakim. Diceritakan seorang wanita berjumpa dengan nabi s.a.w. dan menyatakan beliau telah dipinang. Lalu beliau ingin tahu tanggunjawab beliau sebagai isteri setelah berkahwin kelak.

Maka bersabda nabi s.a.w., “Jikalau mengalir dari dua lubang hidungnya darah atau nanah, lalu dijilat oleh seorang isteri belum lagi mendatangkan akan haq suaminya dan jikalau patut bagi seorang manusia sujud kepada seorang manusia, nescaya aku suruh akan isteri sujud kepada suaminya”

Maka berkata wanita yang bertanya itu, “Demi tuhan yang membangkitkan akan dikau dengan sebenarnya menjadi nabi, tiadalah aku bersuami selagi kekal di dalam dunia ini.”[3]

Khas untuk Bang Leman …

Pada zaman Umar Al-Khattab r.a. menjadi khalifah, telah datang seorang lelaki kepada Umar Al-Khattab r.a. dan mengadu bahawa anaknya telah derhaka kepadanya. Si anak lalu dipanggil oleh Umar Al-Khattab r.a. seraya disuruh jangan menderhaka dan mentaati ayahnya. Tiba-tiba si anak bertanya kepada Umar r.a., “apakah seorang anak tidak mempunyai hak-hak ke atas anaknya?” Maksud pertanyaan ini adalah, “apakah tanggungjawab seorang ayah kepada anaknya?”

Lalu Umar Al-Khattab menerangkan tanggungjawab seorang ayah kepada anaknya, iaitu, “memilih ibu yang baik, memberi nama yang baik dan mengajar membaca Al-Quran.”

Si anak kemudian menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, sessungguhnya bapa saya tidak membuat ketiga-tiga perkara itu. Ibu saya seorang hamba abdi dari Afrika dan bekas isteri seorang Majusi, nama saya ialah Khufasa’ (lipas) dan dia tidak pernah mengajar satu huruf pun daripada Al-Quran.” [4]

Oleh itu, Kak Bedah dan Bang Leman ..

Mungkin, apabila memikirkan riwayat-riwayat di atas, kita akan lebih berhati-hati di dalam mencari pasangan hidup dan tidak tergesa-gesa. Atau mungkin kita akan lebih menghabiskan masa kita mendalami ilmu-ilmu agama supaya tidak gagal di dalam menjalankan tanggungjawab apabila si dia muncul nanti …

Kenapa Allah hilangkan lidah ikan

October 28th, 2008

Kenapa Allah hilangkan lidah ikanRasulullah SAW bersabda,’’sejahat -jahat manusia pada hari akhirat nanti ialah orang yang bermuka dua.Barang siapa bermuak dua di dunia ini maka di akhirat kelakdia akanmempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.”
Sabda Rasulullah lagi,”Tidak akan masuk syurgabagi orang yang suka membesar-besarkan cerita.”Bila ditanya apakah hikmah,
Baginda menjawab,’’sesungguhnya Allah telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah
samada yang boleh berkata-kata dan yang tidak boleh berkata,”
Seorang sahabat pun bertanya,”Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”Sabda Rasulullah SAW,’’setelah
Allah menciptakan Adam a.s,maka diperintahkan
sekalian malaikat agar tunduk sujud kepadanya.
Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud,maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar iblis ke bumi.Apabila di turunkan ke bumi iblis terus menuju ke laut.
Pertama sekali yang di jumpai iblis ialah ikan.
Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan,” Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang -binatang yang ada di lautan dan juga daratan,”
Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu,ia pun segera menghebahkan nya kepada binatang laut yang lain mengenai berita tentang Adam a.s.
Oleh kerna Allah tidak menyenagi perbuatan ikan itu lalu di hilangkannya lidah ikan agar tidak lagi menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.

IKHTIBAR:Bahaya bermuka dua.Wallahua’lam.

Baginda SAW besabda,”Hari-hari tasyrik(11,12&13 Zulhijjah)adalah hari-hari makan dan minum”.

(Sahih Muslim).

Plastic bottles

October 28th, 2008

Did you ever drink from a plastic bottle and see a triangle symbol on the bottom with a number inside?


Do you know what the number stands for?
Did you guess that it’s just for recycling?

Then you are WRONG !!!!!!
THE NUMBER TELLS YOU  THE CHEMICAL MAKE UP OF THE PLASTIC
…..

1)    Polyethylene terephalate (PET)

2)    High density polyethylene (HDPE)

3)    Unplasticised polyvinyl chloride (UPVC) or Plasticised polyvinyl chloride (PPVC)

4)    Low density polyethylene LDPE

5)    Polypropylene (PP)

6)    Polystyrene (PS) or Expandable polystyrene (EPS)

7)    Other, including nylon and acrylic


What you aren’t told is that many of the plastics used are toxic and the chemicals used to create a plastic can leach out of the plastic and into the food / drink.

Think about it, how many times have you or a friend said ‘I don’t like this, it taste like the plastic bottle ….. ‘
THAT’S BECAUSE YOU ARE TASTING THE PLASTIC

The
WORST ONES are Nos: 3, 6, and 7 !!!

DO NOT
USE IFTHESE NUMBERS AREstated at the bottom of the bottle) !!!

Please take test to check how stress are you….

October 28th, 2008

Please take test to check how stress are you….The Banana Test

There is a very, very tall coconut tree and there are 4 animals.
King Kong, an Ape, an Orang utan and a Monkey pass by.

They decide to compete to see who is the fastest to get a banana off the tree.

Who do you guess will win?

Your answer will reflect your personality.

Think carefully . . .
Try and answer within 30 seconds

Got your answer?

Now scroll down to see the analysis.

If your answer is:

Orang utan= you’re sick,

Ape = you need a break,

Monkey = worse, you suppose to be in the hospital right now..

King Kong = I think you better take 1 year leave………

Why?! ????…….

A Coconut tree doesn’t have bananas!

Obviously you’re stressed and overworked.
Take some time off and relax!
☺haha…..