Tips Cinta - Resepi Kebahagiaan

January 26th, 2009

Resepi kebahagiaan antara pasangan yang berkasih sayang ialah saling tolak ansur selain percaya di antara satu sama lain. Apabila melihat pasangan begitu mesra sama ada ketika berdua-duaan dalam kereta, makan malam atau menonton wayang, pasti ada yang menjeling.

Pastinya setiap pasangan mahukan insan yang tersayang saling menyayangi bahkan mengharapkan hubungan kekal selamanya.

Namun, tidak kurang pula yang menaruh curiga kepada si dia justeru cuak jika hatinya diintip orang lain.

Bagi wanita yang belum berpunya, tentu mengharapkan kekasih hati tidak ada dua di hatinya. Bagitu juga apabila sudah melayari mahligai bahagia, pasti mereka mengharapkan ia berterusan sampai bila-bila.

Bagi lelaki yang sudah bergelar suami, mereka turut mengharapkan perkara yang sama. Kehangatan kasihnya biarlah bersemadi tanpa direnggut sesiapa dan hanya kematian memisahkan mereka.

Untuk menikmati indahnya berkasih, mungkin petua yang dititipkan ini mampu menjadi panduan berguna. Semaklah semoga ia boleh menjadi prinsip yang memantapkan lagi hubungan bersama.

# Keinginan untuk berbicara dengan pasangan sering ada.

Pasangan yang bahagia selalunya akan sering ada keinginan untuk bercakap-cakap.

Walaupun kadang kala, tidak ada topik khusus untuk dibualkan tetapi dalam minda memang akan sering ada rasa keinginan untuk berbual-bual itu.

Tetapi ada ketikanya, anda akan terasa untuk duduk bersendirian terutamanya waktu angin penuh badan atau api amarah tengah bernyala. Tidak mengapa justeru lelaki memang ada ketikanya tidak mahu diganggu. Tetapi kalau sepanjang masa tidak mahu diganggu isteri, ada masalah sedang melanda jiwa anda.

# Selalu ingin bersama dengan pasangan

Walau di mana anda berada, pasti akan ada rangsangan untuk sentiasa berada bersama pasangan kecuali jika terpaksa. Jika di luar rumah, pastinya terasa kekok apabila si dia atau isteri tiada di sisi sehingga kekok dan serba tidak kena.

# Ungkapan kata-kata manis pada pasangan sering diucapkan

Wajib buat pasangan mana pun untuk bercakap hal yang manis-manis dan penuh keikhlasan. Siapa yang tidak suka kalau orang lain bercakap dengan kata-kata yang lembut dan berhemah dengan dirinya? Tentu tidak bukan.

Cakap lembut, berhemah, mesra dan segalanya yang penuh kesantunan pasti membuatkan air bergelora menjadi tenang. Tetapi karektor sama sekali berubah nadanya kalau tengah marah sehingga sukar menyusun kata dan memaniskan kata-kata serta melembutkan suara. Sesekali mungkin dimaafkan tetapi jangan selalu!

# Senantiasa memberi salam

Ucapan salam itu mampu melahirkan kecintaan tanpa nafsu kerana dengan memberi salam, anda sudah membuatkan si isteri rasa si suami senantiasa mendoakan kesejahteraannya.

# Sentiasa bertanya khabar

apabila berjauhan seringlah bertanya khabar kerana ia membuatkan si dia atau isteri bahagia. Memang sangat perlu walaupun anda tahu si isteri memang sihat, tidak salah berbuat demikian. Kalau itu sentiasa dibuat, isteri akan terasa betapa dirinya disayangi.

# Saling mengucapkan terima kasih

Baik suami atau isteri masing-masing ada peranan dan tugas harian untuk keluarga. Justeru tugas yang ada dan dilaksanakan itu, rajin-rajinlah mengucapkan terima kasih. Terima kasih pada isteri kerana memasak, kerana melayan kehendak anda dan kerana jaga anak-anak dengan baik serta paling penting, terima kasih kerana dia menyayangi dan mengasihi diri anda sepenuh hatinya.

# Bergurau senda sentiasa

Ketiak melihat pasangan bergurau senda tentu ada yang iri terhadap mereka. Apa lagi jika pasangan berkenaan sudah berumur tetapi masih usik-mengusik sesama mereka nampak mereka begitu bahagia.

# Beri sanjungan dan pujian ikhlas

Siapa yang tidak suka dipuji? Baik suami, baik isteri, baik anak-anak, semuanya suka jika disanjung dan dipuji. Tetapi dalam memuji, berpada-padalah. Jangan puji yang tidak realistik. Pujilah walau sedikit tetapi kerap, walaupun atas perkara yang kecil. Isteri pakai baju cantik, isteri masak sedap, isteri kemaskan rumah, isteri basuh dan gosok baju anda, itu semua ruang untuk anda memberi pujian, walaupun mereka tidak mengharapkannya.

# Memanjakan pasangan

Ini pun antara yang boleh menambahkan rasa sayang pasangan juga kalau dibuat. Bukan manjakan apa pun, tetapi kalau isteri selalu memasak untuk anda, apa kata sesekali ajak dia makan di luar dan mungkin lokasinya agak eksklusif atau biasa-biasa saja tetapi cukup membuatkan dia diharga. Jika berpenat selama ini, sekurang-kurangnya suami amat menghargainya.

# Berani berbohong demi menjaga perasaan pasangan

Ini bukan bohong apa tetapi berbohong yang tidak memudaratkan. Tidak salah kata isteri masak sedap, walaupun tidak berapa sedap sebenarnya. Begitu juga jika ada benda yang isteri tidak sepatutnya tahu, tidak salah berbohong. Sebab kalau terlalu telus dan tulus yang akan melukai hati isteri, simpanlah dalam diri sendiri atau berbohonglah seadanya.

Kenapa Wanita Berbohong?

January 26th, 2009

Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.

1. Balas dendam

Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

2. Urutan kasih

Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

3. Kekerasan

Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

4. Hambar

Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.

Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.

5. Seks

Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.

6. Cadangan

Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat ‘menderita’ ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.

Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.

7. Jejaka bermasalah

Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

8. Hubungan tiada kesudahan

Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.

Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

9. Bosan

Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.

Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.

10. Hubungan tidak diduga

Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.

Lima perangai lelaki patut hentikan

January 26th, 2009

Lima perangai lelaki patut hentikan sempena tahun baru - pelakon dan pengacara, Rusdiana Rusdi

1. Stop being so vain!

Bagi lelaki yang terlalu mengambil berat dengan penampilan mereka 24 jam, cukup-cukuplah! Janganlah asyik ‘mencantikkan’ tubuh atau sibuk bersenam di gimnasium untuk membina otot - macam hendak masuk Pertandingan Mr Universe pula! Penampilan ringkas sudah memikat, okay?

2. Jangan penting diri.

Usah terlalu pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain. Perangai sebegini akan membuatkan orang menyampah dengan anda!

3. Berhenti membazir masa!

Usia makin lama makin meningkat, jadi janganlah ambil mudah dengan apa yang anda lakukan. Walau apapun, fikirkan masa depan.

4. Cukuplah berpesta!

Kepada lelaki yang terlalu leka berpesta ke sana sini, kurangkanlah. Ramai juga lelaki yang kuat berparti terutamanya di hujung minggu. Bermula tahun ini, apa kata kurangkan aktiviti sebegini dan tumpukan kepada perkara lebih penting.

5. Adil kepada wanita.

Ada jejaka suka menggunakan kuasa veto sebagai lelaki. Lelaki sebegini selalu mahu wanita di sekeliling mengikut kata atau cara mereka. Mereka selalunya akan marah jika wanita melakukan sesuatu, tetapi apabila mereka buat - tidak mengapa! Tidak adil begini…

Hargai tubuh sendiri

January 26th, 2009

Wanita sering taksub dengan imej tubuh mereka. Berdiri saja di depan cermin dan dirasakan lemak di pelbagai tempat.

Siapa yang tidak inginkan perut langsing, pinggul kecil dan punggung padat malah ia membuatkan seseorang wanita berasa lebih yakin pada diri sendiri juga di mata umum.

Tetapi, obsesi tidak akan membawa anda kepada tubuh yang diinginkan sekali gus tidak mendorong diri untuk melakukan sebarang tindakan.

Justeru, langkah pertama adalah mula menerima diri sendiri dan mencintainya.

Hargai tubuh sendiri dan semua perkara yang sudah dilakukan untuk memperoleh tubuh sedemikian. Ikuti panduan berikut yang mungkin dapat membantu anda menghargai tubuh sendiri.

# Hindari perasaan untuk menilai diri di cermin

Cuba elak daripada membuat penilaian diri sendiri di hadapan cermin. Jika sedang melakukan senaman, cuba hindari fikiran daripada terlalu memberi tumpuan pada penampilan sebaliknya, fikir apa yang anda rasakan.

# Pakai pakaian yang membuatkan anda yakin pada diri sendiri

Cari pakaian terbaik untuk bentuk tubuh anda. Wanita cenderung mengenakan pakaian lebih besar untuk menutupi apa yang mereka miliki.

# Berhenti menimbang berat

Cuba elak daripada menimbang berat diri anda untuk sementara waktu. Anda tentu terkejut betapa bahagianya diri anda kerana tidak asyik memikirkan berat berlebihan.

# Tubuh adalah teman anda.

Fikirlah segala yang baik untuk kesihatan dan kecantikan tubuh. Hormati tubuh anda dan jangan berasa kecewa jika berasa anda tidak kelihatan cantik. Sebaliknya berpuas hati dengan bentuk tubuh yang dimiliki.

# Berhenti membandingkan diri sendiri

Sifat untuk meniru memang ada pada setiap manusia. Anda mungkin ingin meniru penampilan model bergaya di majalah. Namun, membandingkan diri anda secara terus-menerus dengan bentuk tubuh mereka mungkin kurang sesuai untuk anda. Belajarlah menghargai diri sendiri.

Saat menilai cinta

January 18th, 2009

Setiap kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan ‘tidak’

Saat menilai cinta

January 18th, 2009

Setiap kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan ‘tidak’

Rahsia Personaliti Wanita

January 18th, 2009

Pernahkah anda dilamun satu perasaan yang agak aneh dan mula membayangkan seseorang dalam hidup? Ketika terbuai perasaan dan tumbuhnya di celah-celah naluri keremajaan, ia begitu istimewa.

Sesaat teringatkan si dia dan pada masa sama terus dibuai kerinduan menggila, apakah itu yang dinamakan cinta?

Bagi yang tidak pernah dihimpit perasaan sedemikian, bersedialah untuk menyelami sekali gus mengurus perasaan cinta yang menghampiri.

Mampukah ditolak datangnya cinta apatah lagi kehadirannya tanpa diundang umpama pencuri.

Cinta itu laksana panah asmara yang menikam mata dan menusuk ke hati.

Memang perasaan itu tidak boleh ditahan dan dibendung.

Cuma, berlaku jujur ketika menyalurkannya mengikut kehendak syariat.

Perasaan ‘cinta suci remaja’ memang biasa diucapkan, cuma dalam hal ini syaitan memainkan peranan untuk membuatkan diri tergelincir kepada kemungkaran.

Baik lelaki mahupun perempuan, jika perasaan itu baru saja muncul di sudut hati, barangkali ramai yang masih berteka-teki akan teman yang mulai disukai itu.

Jika anda lelaki yang baru hendak berjinak-jinak mengenali golongan hawa, kenalilah personaliti diri mereka sebagai panduan.

# Sensitif

Bukan bermaksud suka merajuk, tetapi perempuan hanya ingin bermanja dan sekadar ingin mendapat perhatian.

# Cerewet

Bukan bermaksud cerewet tidak tentu hala, adakalanya si perempuan ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali-sekala.

# Halus

Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut, mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang perempuan terkenal sebagai seorang pemaaf yang memaafkan orang lain atas sebab kesalahan, biasanya perempuan akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.

# Ikhlas

Ikhlas seorang perempuan tidak perlu diragui.

# Korban

Perempuan sanggup berkorban apa saja untuk seseorang, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Perempuan amat tabah.

# Prihatin

Perempuan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

# Manja

Walaupun dia adalah seorang perempuan yang pandai berdikari, naluri kaum hawa masih lagi tetap seorang perempuan. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki namun juga sesama kaum.

# Ego

Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

# Cinta

Cinta pertama bagi wanita lazimnya adalah cinta yang paling dalam dan tulus.

# Seks

Seks bukanlah segala-galanya kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Nafsunya banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu lantas fungsi lelaki adalah membimbing wanita, bukan menghanyutkan dirinya.

Amalkan budaya nasihat

January 18th, 2009

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.

Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: ‘Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai’ - hadis riwayat Muslim.

Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: ‘Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur’ - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: ‘Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui’ - surah al-A’raf:62.

Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmannya yang bermaksud: ‘Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta’ - surah al-Hujurat :12. Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: “Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.

“Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita.” Jawab suaminya: “Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita.”

Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.

Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.

Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: ‘Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.’ - surah al-Imran:103.

Anda Menyukai Seseorang? Panduan Buat Lelaki.

January 14th, 2009

Anda sedang menyukai seseorang? Anda tahu si dia juga turut menaruh perasaan terhadap diri anda yang selama ini menjadi perhatiannya.

Dalam perhubungan ada kalanya perbuatan, sikap mahupun kata-kata yang sering membuat anda terluka, tersinggung, terhiris atau perkara yang boleh menarik rasa benci.

Oleh itu, hubungan yang sepatutnya mampu pergi jauh sering terhalang di tengah jalan sehingga perasaan yang pernah wujud di sudut hati terhakis tiba-tiba.

Lelaki harus merenung kesilapan diri atau ada sesuatu yang pernah membuat teman wanita terluka. Cuba semak perbuatan atau kata-kata anda yang membangkit rasa terkilan, marah atau geram si dia sehingga segalanya bagaikan ternoktah!

Sebagai perempuan, anda juga harus tetapkan ciri tertentu dalam mencari pasangan terbaik. Renunglah perkara berikut jika ada sesuatu yang boleh diteladani.

# Dia asyik merenung dada dan punggung anda lebih daripada 10 kali setiap 10 minit.

# Daripada ceritanya kepada anda, jelas dia kaki joli dan kaki makan angin. Sudahlah begitu, daripada banyak tempat pelancongan dan percutian di dunia katanya, dia paling suka ke Thailand.

# Apabila dia beritahu anda, isterinya tidak pernah memahaminya atau tidak pernah menjaga kebajikannya dan tidak pernah menghargainya sebagai suami, rupa-rupanya si isteri sedang sarat mengandung - anak kesembilan.

# Anda perasan biji matanya macam hendak terjojol keluar apabila melihat semua wanita cantik, manis atau seksi, tidak keterlaluan jika dikatakan dia memang seorang yang menyakitkan dan tidak tahu menjaga perasaan.

# Tangannya mula miang-miang mahu pegang tangan dan pinggang anda walaupun baru satu jam anda berkenalan dengannya.

# Dia beritahu yang dia sebenarnya, bukannya ada hati dan hendak sangat bertemu janji dengan anda tetapi buat juga kerana kasihan sedangkan anda yang beria-ia sangat mahu menemuinya.

# Kawan-kawan anda yang mengenalinya memberitahu, dia menghidap penyakit kelamin kronik.

# Dia langsung tidak beri peluang anda bercerita mengenai diri anda ataupun keluarga kerana dia rasa cerita mengenai keluarganya lebih menarik dan penting.

# Apabila anda pesan minuman ringan, dia pula memesan minuman beralkohol. Tentunya lelaki sebegitu kurang sesuai sebagai Muslim.

# Apabila bercakap, kata-katanya umpama tin kosong konon bapanya saudagar minyak dan datuknya orang paling kaya di Sarawak tetapi bila bil makan sampai, dia buat tidak tahu saja. Anda juga yang terkorek-korek mencari duit dalam tas tangan.

# Dia beritahu yang hatinya sangat terluka dan dia masih lagi bersedih kerana putus cinta dengan gadis hamil anak luar nikahnya. Apakah anda terus membuang masa bersamanya? Kalau anda seorang rasional, mengapa masih terus mahu bersama dirinya?

# Dia kata yang dia impikan seorang isteri yang taat setia dan rela menjadi suri rumah sepenuh masa. Tetapi daripada apa yang anda faham dia sebenarnya mahu mencari tukang masak, tukang cuci, tukang kemas, tukang gosok, tukang picit atau tukang sental, pendek kata semuanya tukang yang hebat.

Masihkah anda menyimpan hati pada lelaki sedemikian? Tidak salah sekiranya anda bertindak awal meninggalkannya tanpa ucapan.

Teman tapi mesra

January 14th, 2009

Teman tapi mesra. Ungkapan terbabit sering kedengaran di bibir anak muda, tetapi kadangkala mengelirukan bagi sesetengah pihak, namun yang pasti ia merujuk kepada perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Berkawan tidak salah, bahkan digalakkan kerana ia selaras dengan fitrah dan membawa banyak manfaat sehinggakan dapat membuatkan hidup lebih ceria.

Cuma, berwaspada apabila kawan lebih daripada had, terlalu rapat dan intim, malah sanggup mengorbankan harga diri.

Justeru, Islam menasihati umatnya sentiasa memelihara kesopanan dan tata cara sepanjang masa, terutama apabila bersosial dan berkawan, supaya kebaikan terjaga.

Ulama tersohor, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, berkata hubungan di antara lelaki dan wanita tidak ditolak secara keseluruhan.

Bagaimanapun, beliau menggariskan beberapa syarat hubungan di antara kedua-dua jantina terbabit, dengan saling merendahkan pandangan dan memastikan tiada pandangan yang disusuli nafsu.

Menurutnya, wanita Islam juga patut prihatin terhadap kod pakaian Islam, yang menutupi seluruh badan, tidak ketat dan menggambarkan bentuk badan.

“Akhlak yang umum sepatutnya diamalkan. Dalam perkataan lain, seorang wanita sepatutnya serius dalam ucapan dan tertib cara berjalan dan melawan godaan syaitan. Tiada wangian dipakai dari rumah.”

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Mana-mana wanita yang memakai wangian dan kemudian berjalan melalui sekumpulan lelaki dan mereka mencium wangian itu, dia adalah penzina.”

Al-Qaradawi juga berkata, lelaki dan wanita (bukan mahram) tidak dibenarkan bersama di satu tempat yang tiada lelaki lain.

Bagaimanapun, perkembangan mutakhir mendapati fenomena memiliki teman istimewa kian menjadi-jadi, seolah-olah ia suatu kebiasaan.

Bagaimanpun, apabila teman terbabit berkelakuan di luar jangkaan, timbullah keburukan, malah bagi pelajar prestasi pelajaran merosot, selera makan menurun, bahkan untuk hidup pun tidak bersemangat.

Bekas Presiden Masyarakat Islam Amerika Utara (ISNA), Dr Muzammil Siddiqi, berkata Muslim memang sepatutnya mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang, lelaki dan wanita, di sekolah, tempat kerja dan kawasan kejiranan.

“Tetapi Islam tidak membenarkan mengambil orang bukan mahram sebagai kawan rapat kerana hubungan seperti itu kerap membawa perkara haram.

“Ini memungkinkan mereka melakukan dosa atau menghabiskan banyak masa bersama,” katanya sambil mengemukakan ayat 25 Surah an-Nisa sebagai satu hujah atas dakwaan berkenaan.

Perhubungan intim yang membawa kepada pertemuan sosial atau ‘dating’ boleh mengundang pelbagai mala petaka, seperti rogol, pembunuhan dan persundalan.

Fenomena itu mula bercambah ketika muzik Barat mula memekik dari kereta dan pasangan muda berpegangan tangan di kafeteria. Malah, seks sebelum perkahwinan menjadi suatu fenomena yang semakin menjadi-jadi sejak era revolusi seks 1960-an.

Jurnal Persatuan Perubatan Amerika ada melaporkan, peningkatan bilangan gadis mengadakan pertemuan sosial, berisiko berdepan dengan kekejaman, hamil, penderaan, bahaya tingkah laku seksual dan membahayakan diri.

Berikutan itu, ramai di kalangan gadis menderita secara senyap, tidak memberitahu sesiapa kerana takut atau malu.

Walaupun sesetengah mereka cuba memilih untuk bersuara bagi mendapatkan pembelaan, ia hanya membabitkan sebilangan kes tertentu.

Hari ini, bukan sedikit anak muda yang berada dalam keadaan mengelirukan dan keterpaksaan, bersama masa depan yang kabur selepas terjebak dalam perhubungan intim dengan pasangan masing-masing.

Oleh itu Islam menasihati umatnya berwaspada apabila bersosial dan jangan sampai merugikan diri dan keluarga.

Hakikatnya berkawan tidak salah tetapi jika melanggar nilai agama lebih-lebih lagi bertemu dan berdua-duaan, ia dilarang sama sekali.

Sheikh Ahmad Kutty, dari Institut Islam Toronto, Kanada, berkata pertemuan sosial tentu tidak dibenarkan.

Menurutnya, Islam melarang umatnya berdua-duaan dengan pasangan berlainan jantina kecuali hubungan persaudaraan atau perkahwinan.

“Tidak dibenarkan menurut kehendak nafsu secara bebas, bergaul sembarangan dan bercampur dengan kawan berlainan jantina,” katanya.

Nabi Muhammad s.a.w menegaskan: “Apabila seorang lelaki dan wanita duduk bersama mereka ditemani teman ketiga (yang membisikkan kejahatan kepada mereka).”

Katanya, Allah memerintahkan kita bukan saja menahan diri daripada zina tetapi menjauhi daripadanya.

“Menurut hukum ahli fiqah, perkara yang membawa kepada haram juga diputuskan haram. Justeru, apabila pertemuan sosial itu membawa kepada dosa, ia diputuskan haram.

“Jika untuk mengetahui wanita terbabit bagi tujuan perkahwinan, ia dibenarkan tetapi tertakluk kepada etika Islam,” katanya.

Oleh Idris Musa