Persediaan Bergelar Ayah

February 10th, 2009

Cemas, resah gelisah dan teruja bercampur baur. Mungkin itulah perasaan mereka yang menanti saat-saat manis bakal bergelar ayah.

Bahkan, ada segelintir suami yang turut merasai beban alahan dan peritnya seperti mana wanita mengandung. Merekalah yang menanggung alahan muntah atau pening-pening, sehingga tidak lalu hendak makan sedangkan isterinya nampak sihat dan tidak mengalami alahan.

Adalah harus bagi suami tidak memandang enteng kepada kehamilan isteri. Kehamilan dan kelahiran adalah aspek terpenting dalam pembangunan keluarga kerana menerusi proses ini baka dan zuriat dapat diteruskan dan diperkembangkan.

Setiap pengantin baru yang ingin membangunkan keluarga perlu memandang berat perkara ini dan tidak menyerahkan bulat-bulat kepada takdir dalam menentukan proses kehamilan dan kelahiran cahaya mata yang bakal menyerikan kehidupan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa bapa merupakan penjana dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Tanggungjawab dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan sesebuah keluarga dipikul oleh bapa. Bapa juga memainkan peranan yang penting dalam membuat sesuatu keputusan demi memastikan hala tuju sesebuah keluarga itu berada dalam landasan yang betul.

Selain itu, istilah bapa milenium atau bapa alaf baru memberi gambaran yang jelas tentang cabaran serta rintangan yang bakal dihadapi oleh bapa masa kini. Selaras dengan perkembangan teknologi dan pendedahan ilmu pengetahuan secara global, golongan bapa juga harus mempersiapkan diri dengan ilmu secukupnya bagi memastikan generasi akan datang mempunyai jati diri yang tinggi.

Justeru, dalam masa 40 minggu di mana anda dan pasangan menanti kelahiran bayi, akan ada beberapa ketika di mana suami memerlukan banyak kekuatan emosi untuk anda berdua.

Perubahan hormon

Perubahan pada tubuh pasangan anda serta tahap hormon yang sentiasa turun naik, mungkin akan menyebabkannya mengalami pelbagai jenis emosi. Suami perlu sentiasa di samping bagi memberi keyakinan pada isteri begitu juga dengan luahan perasaan suami apabila isteri berkelakuan sebegitu.

Ceritakan perasaan anda kepada isteri dan benarkan dia memberi anda sokongan emosi seperti mana yang anda lakukan untuknya.

Selain itu, pada proses kehamilan isteri, ramai lelaki mengalami kenaikan berat badan kerana rasa simpati terhadap pasangan mereka yang sedang hamil. Ini kerana melihat isteri yang turut menambah makanan sekali gus turut berkeinginan untuk berbuat demikian.

Bagi mengekalkan kesihatan dan berat badan, adalah dinasihatkan untuk melakukan senaman bersama pasangan anda.

Senaman

Senaman mempunyai banyak kebaikan untuk kedua-dua ibu serta bayi dan anda juga boleh menjadi sihat di samping menghabiskan masa bersama pasangan dan bayi anda. Jika anda dapat memupuk satu budaya senaman keluarga sekarang, ia akan menjadi lebih mudah untuk anak-anak anda menjadi sihat pada masa hadapan.

Suami dan isteri juga boleh melakukan senaman antenatal yang sering dianjurkan oleh hospital-hospital bagi memberi panduan kepada bakal ibu dan ayah yang menanti kelahiran pertama.

Senaman ini juga mampu mengurangkan rasa takut bakal ibu dalam menghadapi saat melahirkan anak. Walaupun melahirkan anak hanya melibatkan kaum ibu, kehadiran bapa juga amat dialu-alukan bagi memberi sokongan dan sebagai tanda kasih selain mempelajari teknik menangani situasi genting yang bakal berlaku dengan kelahiran cahaya mata mereka.

Kesan rokok

Bagi suami yang merokok atau mengambil minuman beralkohol, ini adalah masa yang terbaik untuk anda berhenti.

Asap rokok mempunyai pelbagai kesan yang negatif kepada semua, sama ada dewasa, kanak-kanak atau bayi yang belum dilahirkan. Cuba sedaya upaya untuk menjauhkan pasangan anda dari tempat-tempat yang ada orang merokok serta pencemaran udara yang lain dan jangan benarkan tetamu merokok di rumah anda.

Persediaan mental

Selalunya bagi seorang bapa, kebapaan hanya akan menjadi kenyataan di saat bayi dilahirkan. Anda harus bersedia secara mental untuk segala yang bakal ditempuhi. Ini kerana kepesatan pembangunan teknologi maklumat serta pengaruh luaran memberi impak serta menjadi halangan bagi seorang bapa dalam mendisiplinkan bakal anak yang bakal dilahirkan.

Sehubungan itu, suami harus menimba ilmu kebapaan sebanyak mungkin bagi menyampaikan mesej yang berkesan kepada anak-anak. Ilmu bukan sahaja boleh diperoleh daripada seminar, buku, malah pandangan orang tua penting bagi menambahkan keilmuan di dada.

Perlu diingat, pada zaman moden ini, cabaran utama dalam dunia keibubapaan ialah aspek komunikasi. Kegagalan mewujudkan komunikasi yang berkesan boleh mencetuskan konflik. Jika dibiarkan ia akan menjejaskan keharmonian keluarga.

Proses pembesaran

Tidak dinafikan pengaruh elektronik memberikan kesan begitu mendalam terhadap anak-anak, terutama yang sedang mengalami proses pembesaran. Cabaran berkomunikasi ini sedikit sebanyak menjadi penghalang bagi seorang bapa untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada anak-anak secara berkesan. Ini kerana bahasa anak-anak pada zaman moden berbeza berbanding pada zaman anda remaja dahulu.

Sebagai contoh, dulu hanya menggunakan surat dengan penuh berhemah kepada ayah jika berkehendakkan sesuatu. Tetapi, kini cara tersebut berubah menjadi lebih mudah dengan adanya khidmat pesanan ringkas (SMS).

Walaupun untuk mengaplikasikan ilmu komunikasi ini masih lama tempuhnya bagi bapa yang menimbang anak pertama, namun adalah penting untuk bertatih dari sekarang dalam memperkayakan ilmu komunikasi ini.

Justeru itu, peranan bapa yang bukan sekadar sebagai menyediakan keperluan asas, tetapi lebih penting sebagai pemimpin yang memupuk persefahaman dan kesejahteraan dalam keluarga.

Dalam memenuhi tanggungjawab tersebut, seorang bapa akan berdepan dengan cabaran untuk menyeimbangkan dengan tuntutan kerjaya mereka.

Bagi menangani cabaran tersebut, bapa perlu bijak dalam meletakkan kepentingan mana yang perlu didahulukan berdasarkan kepada keperluan.

Begitu juga, ramai bakal bapa menjadi bingung apabila sedar akan implikasi terhadap kewangan mereka setelah mempunyai seorang anak. Memang sudah menjadi kebiasaan untuk kaum lelaki bekerja lebih masa bagi menambah pendapatan.

Namun, sedarkah bekerja lebih masa akan mengurangkan waktu untuk orang tersayang terutamanya bagi si kecil dan isteri yang baru melahirkan cahaya mata.

Wang atau kasih sayang!

Walaupun mempunyai wang yang lebih sedikit, tetapi tidak boleh membayarnya dengan kasih sayang dan masa yang diperuntukkan bersama tersayang. Oleh itu, satu penyelesaian harus dicari, wang atau kasih sayang!

Apa yang perlu anda buat ialah perbincangan dengan pasangan dalam membentuk satu belanjawan keluarga.

Di samping itu, masalah utama yang sering dihadapi ialah siapa yang akan menjaga si kecil. Jika tiada cara lain, mungkin demi kebaikan bayi anda, ada baiknya jika pasangan berhenti kerja buat sementara sehingga bayi membesar. Ini merupakan keputusan yang harus dibuat oleh pasangan anda sahaja, oleh itu beritahu pasangan anda tentang perasaan anda mengenainya dan kemudian biarkan dia yang membuat keputusan.

Selain itu, jika belanjawan anda terlalu ketat, korbankan aktiviti-aktiviti yang sering anda lakukan seperti pergi ke kelab, membeli belah di tempat yang mahal atau berhibur tanpa batasan.

Tidak dilupakan ialah menyediakan nama bayi yang bakal dilahirkan. Bagi orang Islam adalah lebih baik menamakan anak dengan nama yang mempunyai makna yang baik. Ini bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan apabila dewasa kelak seperti diejek oleh rakan sekiranya namanya mempunyai makna yang buruk dan tidak baik.

Seeloknya rujuk kepada buku-buku yang menyediakan pelbagai pilihan nama yang baik maknanya.

Ada juga setengah orang yang ingin mengabungkan nama isteri dan suami. Walaupun nama itu menggambarkan suatu ikatan kukuh hubungan suami isteri sehingga lahirnya zuriat, tetapi penting di sini, harus mempunyai makna yang baik.

Jangan sehingga berlaku pergaduhan suami isteri dalam menentukan nama malah kadangkala ahli keluarga seperti mertua ingin memberi nama, maka perlu ada muafakat dan persetujuan bersama untuk menamakan si comel yang bakal menyerikan rumahtangga anda.

Cara berpantang masyarakat Melayu

February 8th, 2009

Berpantang yang diamalkan dalam masyarakat Melayu, Cina dan India lebih kurang sama kerana tumpuan lebih kepada aspek pemakanan. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran tertentu sepatutnya dikurangkan kerana ia boleh menyebabkan badan berasa sejuk, lantas menyebabkan tubuh menjadi ‘tidak kuat’ pada waktu tua.

Selain menitik beratkan aspek pemakanan ada juga cara berpantang yang melarang mandi dan menyikat rambut atas alasan melindungi ibu dan bayi daripada kecelakaan. Ada banyak lagi amalan yang ‘diharamkan’ dilakukan ketika berpantang, tetapi sejak kebelakangan ini dipandang sepi masyarakat moden.

Sungguhpun begitu secara ringkasnya berpantang bertujuan merehatkan tubuh badan dan memberikan kembali tenaga dan darah yang banyak hilang akibat proses kelahiran. Umumnya berpantang ini hanya membabitkan 44 hari atau sebulan lebih.

Cara berpantang masyarakat Melayu:

Urutan - bertujuan melancarkan peredaran darah dan biasa dimulakan tiga hari selepas kelahiran. Ia tidak boleh dielakkan kerana akan menyebabkan tubuh berasa sengal.
Bertungku - bertujuan mengeluarkan darah kotor terutama saki baki darah beku, membuang angin dan menyembuhkan luka peranakan selain mengecutkan urat yang kembang. Ia selalu dilakukan pagi dan petang.
Bertangas - bertujuan membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan sistem peranakan, membetulkan kedudukan salut peranakan dan mengecutkan rahim.
Berbengkung - perlu dilakukan sepanjang tempoh berpantang. Elakkan perut buncit selain berfungsi mengembalikan kedudukan peranakan. Ia juga dikatakan sebagai alat membantu ‘mendapatkan’ kembali tubuh langsing kerana ia menghalang daripada makan banyak.
Mandi rempah ratus - bertujuan membuang angin dalam badan selain menghaluskan kulit. Ia juga dikatakan mampu mengekalkan kesegaran dan naik seri wajah.
Memakai param dan pilis - bertujuan mengelakkan pening dan menyebabkan mata rabun.
Minum jamu - bertujuan memanaskan badan, mempercepatkan rahim mengecut selain merapatkan kembali bahagian sulit.

Elakkan:
Keluar rumah
Membuat pergerakan pantas atau lasak dengan kata lain kurangkan berjalan
Makan dan minum berlebihan
Membaca dan melaksanakan kerja yang memerlukan tumpuan seperti menjahit
Terdedah kepada cuaca sejuk

Makanan ibu dalam pantang - Petua orang dulu-dulu

February 8th, 2009

.fullpost{display:inline;}Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Iktibar dari sebiji kacang hijau

February 8th, 2009

“Pohon beringin yang besar itu asalnya dari satu biji yang kecil dan burung yang besar terbang di udara itu asalnya dari sebutir telur”

Orang yang tidak berbuat apa-apa boleh berkata apa-apa sahaja. Dia nampak orang berniaga kecil-kecilan, dia kata, “Buat apalah berniaga tepi jalan, bila nak kaya?”
Dia lihat orang berlatih sukan, dia kata, “Setakat jaguh kampung bolehlah.” Dia terserempak dengan orang yang menulis buku, dia kata, “Setakat buku picisan macam ni aku pun boleh buat.”

Hakikatnya dia tidak pernah berbuat apa-apa. Maka itu dia bebas berkata apa-apa sahaja. Jika dia berbuat perkara yang sama, dia akan berfikir banyak kali sebelum memberikan komen. Dia tahu jerih-perihnya untuk membina gerai di tepi jalan, berhadapan dengan cabaran pelanggan dan penguatkuasaan, komennya mungkin bukan bersikap komplen.

Jika dia pernah berlatih untuk memenangi sesuatu pertandingan sukan, dia akan tahu betapa pentingnya sesuatu kemenangan itu, biarpun tarafnya setakat jaguh kampung, ia tetap penting untuk kemenangan-kemenangan yang lebih besar. Dia tidak pernah memiliki kesungguhan seperti itu, maka dia bebas berkata apa-apa sahaja.
Kalau tahu sukar dan sulitnya menulis buku, dia tidak mudah memperlekeh karya orang lain. Sebaris ayat pun tidak pernah dihasilkannya, tentulah dia boleh berkata apa-apa sahaja.

Orang begini pastinya tidak akan ke mana-mana. Dia akan statik pada kedudukannya sebagai pemerhati dan pengkritik. Ramai sungguh orang yang menjadi penganalisa tidak bertauliah. Cakapnya pandai, hujahnya kadang-kadang bernas juga tetapi suatu apa pun tidak pernah terhasil olehnya.

Kena lihat setiap sesuatu yang besar itu bermula daripada sesuatu yang kecil. Setiap yang lahir terus gagah, biasanya tidak bertahan lama. Gedung perniagaan yang gagah di bandar raya asalnya satu perniagaan kecil. Kebanyakan orang kaya asalnya orang biasa. Pemimpin asalnya rakyat biasa. Seekor ayam asalnya sebutir telur. Seekor burung yang terbang tinggi di angkasa asalnya kecil, lemah dan tanpa sayap. Setiap hari ibu burung akan mencarikan makanan untuknya dan memasukkan makanan itu ke dalam mulutnya. Tiada seekor burung pun tiba-tiba lahir dan terus boleh terbang.

Orang yang tidak berbuat apa-apa memang boleh berkata apa-apa sahaja. Bercakap itu mudah maka itu ramai orang melakukannya. Apabila tiba masa untuk berbuat, selalu menyerah sebelum mencuba.

Istimewanya mereka hanya pada, “Eleh, setakat macam tu, aku pun boleh,” namun dia tidak pernah melakukannya.

Itulah pelik dan anehnya sesetengah manusia.

Jika tidak pernah memegang berus cat, mudah saja mengatakan kerja mengecat itu senang dan boleh dilakukan oleh semua orang. Setelah benar-benar mengecat baru tahu sakit dan letihnya.

Menonton perlawanan bola sepak selalu menjadi juara jerit tetapi apabila disuruh bermain ternyata kaki bangku. Menonton orang menyanyi memang mudah mengatakan itu ini, begitu begini, tetapi apabila disuruh menyanyi tidak pula boleh mengotakan apa yang dikata. Memang, orang yang tidak berbuat apa-apa boleh berkata apa-apa.

“Doktor, tolong saya. Sebiji kacang hijau masuk ke telinga saya,” kata seorang pesakit.

“Wah, ini sukar sekali. Perlu teliti mengeluarkannya, kalau tidak dalaman telinga awak boleh cedera.”

“Apa susahnya doktor, sebiji kacang hijau je.”

“Kalau begitu, awak masukkan air ke telinga, tunggu hingga ia tumbuh menjadi taugeh, senanglah awak cabut.”

Orang yang tidak tahu apa-apa memang boleh berkata apa-apa sahaja.

Oleh Dr. H.M.Tuah

Motivasi - Kita ibarat emas yang diketuk

February 8th, 2009

Seorang yang berperibadi kuat seumpama besi waja, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam untuk menghadapi hidup; sebaliknya, seorang yang berperibadi lemah laksana timah apabila terkena api ia akan hancur, apabila terketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

Ayam kampung perlukan sepuluh orang untuk menangkapnya. Ia akan lari sekeliling kampung. Sepuluh orang mengepung di sana, menghambat di sini, menerpa di sana dan tersungkur di sini, namun ayam kampung masih gagah lari menyelamatkan diri. Setelah berhempas pulas sepuluh orang baru dapat menewaskan seekor ayam. Tatkala ayam itu disembelih, tiba-tiba ia bangkit, berjalan keliling rumah dengan kepalanya sekali-sekala terkulai ke bawah. Ia berjalan lagi hingga akhirnya rebah.Maka tamatlah riwayat seekor ayam kampung.

Seekor ayam bandar (sangkar) dikeluarkan dari dalam sangkar. Ia diletakkan di luar dan dibiarkan lepas. Ayam bandar ini terteleng-teleng, melihat sana, melihat sini. Kemudian dia melangkahkan kaki, masuk kembali ke dalam sangkarnya. Dia tidak pernah tahu bahawa selama mana berada di dalam sangkar semudah itu nyawanya akan melayang, selama mana dia berada di luar peluang untuk dia lari menyelamatkan diri lebih terbuka luas. Itulah berbezanya ayam kampung dengan ayam bandar.

Cabaran hidup telah menjadikan ayam kampung begitu bertenaga, berani dan punya wawasan, sedangkan ayam bandar tidak nampak peluang dan menjadi begitu lemah lagi malas. Kesusahan sentiasa menjadi penunu untuk seseorang itu muncul luar biasa bagus dan hebat sekali, sebaliknya kesenangan pasti akan menyebabkan kelemahan, bukan sahaja tubuh badan kadang-kadang dalam soal peribadahan. Orang yang hidup dalam tekanan adalah umpama besi waja. Ia keras dan sukar dikalahkan. Seseorang yang hidup dalam tekanan dan kepayahan sebenarnya sentiasa lebih kuat dan padu daripada mereka yang hidup dalam kesenangan. Maka itu, seorang yang miskin kadang-kadang lebih hebat peribadinya daripada seorang yang berada. Kekayaan adalah kekuatan dalam kelemahan, sedang kemiskinan kelemahan dalam kekuatan. Jadi, usahlah marah dengan keadaan jika anda tidak tergolong dalam kalangan orang senang.

Pada satu segi anda lebih kuat dan lebih hebat daripada orang senang. Kadang-kadang orang senang terlalu lemah hinggakan untuk menukar kepala paip yang sudah longgar perlukan orang kurang senang untuk melakukannya. Bukan disebabkan dia terlebih wang tetapi benar-benar kerana memang tidak pandai. Orang yang tidak pernah teruja oleh cabaran selalunya menjadi kian lemah sebaliknya orang yang hidup dalam ujian selalu bertambah kuat. Seorang gila selalunya tidak terurus segala hal, dia merayau-rayau dari satu tempat ke satu tempat. Pakaiannya tidak pernah berganti, makan minumnya apa-apa saja yang dijumpai. Tidurnya tidak menentu, tetapi dia kelihatan sihat. Jarang nampak orang gila terlantar sakit, tetapi hospital menjadi tumpuan orang normal dan hidup senang. Usah rasa tidak selesa dengan cabaran sebab cabaran sentiasa memberikan kekuatan. Hanya orang yang lemah akan menganggap cabaran melemahkan.

Cabaran bukanlah nasib malang tetapi ia membuka peluang. Jika peluang tidak terlihat ia tetap bernilai pengalaman. Pengalaman itu tidak ternilai harganya, ia tiada dijual, ia hanya ada pada orang yang mengalami. Semakin kesusahan itu mengetuk, semakin ia membentuk, ibarat seorang tukang emas menempa emas untuk dijadikan perhiasan wanita, semakin diketuk semakin berharga, semakin diketuk semakin tinggi harganya.

Apakah kita seperti emas yang sedang diketuk itu ?

Oleh Dr. H.M.Tuah

Artikel Motivasi - Sahabat Sejati

February 2nd, 2009

1. Sahabat Yang Baik
Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baik ku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Ku hulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

2. Mencari Sahabat di Waktu Susah
Belum pernah ku temukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau duka melanda, aku sering bertanya…. siapakah yang sudi menjadi sahabatku. Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

3. Pasang Surut Persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, ku dapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkanku, dan jika aku sakit, tak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai

4. Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat
Bila tak ku temukan sahabat-sahabat yang taqwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat. Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti ku waspadai.

5. Sukarnya Sahabat Sejati
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka, maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya. Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Ku tinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku jauhi orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

6. Sahabat Sejati Di Waktu Susah
Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tak satu Negara pun yang penduduknya berhati manusia.

7. Rosaknya Keperibadian Seseorang
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

8. Menghormati Orang Lain
Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

9. Menghadapi Musuh
Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang ku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang ku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

10. Tipu Daya Manusia
Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

11. Tempat Menggantungkan Harapan
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya, dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

12. Menjaga Nama Baik
Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu, dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia. Selamat tinggal dunia jika atasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

Jenayah Seksual - Enam ciri lelaki perlu diawasi

February 2nd, 2009

Sebagai panduan, mungkin ciri-ciri manusia seperti berikut mesti diawasi walaupun ia tidak boleh dianggap perwatakan khas perogol.

- Pendiam dan selalu mengasingkan diri

- Perilaku yang tidak stabil, cara hidupnya tidak dapat dibaca dan tidak mempunyai satu cara hidup yang rutin

- Tidak aktif berpersatuan, bergaul mahupun bersosial. Masanya banyak dihabiskan dengan diri sendiri dan mungkin melayan fantasinya.

- Dia tidak mempunyai aktiviti umum yang khusus atau hobi seperti memancing, bermain golf, bertemu rakan-rakan di kedai mamak dan sebagainya.

- Melakukan kerja yang tidak melibatkan aktiviti fizikal kecuali petugas yang sememangnya bekerja di dalam bidang pengurusan, penyeliaan dan akademik yang banyak menggunakan mental.

- Kerja `relaks-relaks’ dan suka memerhatikan orang. Mereka seperti ini banyak melayan perasaan.

Aktiviti yang dilakukan selalunya tidak berapa positif seperti merokok, termenung, mendengar radio dan menonton televisyen. Melainkan jika mereka rajin membaca bahan-bahan yang serius dan berat.

Mereka yang tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan agama dan moral. Dia tidak jahat tetapi kepalanya ligat mencari peluang dan ruang.

Biasanya, orang ini tidak mempunyai aktiviti tetap yang boleh menyibukkan dirinya dengan sesuatu perkara untuk diberikan tumpuan.

Dr. Khalib berkata, manusia yang lebih banyak dipengaruhi nilai binatang, keadaannya menjadi sudah tidak waras dan terkawal, tidak mengenal siapa dan tidak ingat apa-apa lagi yang dilakukan.

Baginya, nafsu yang sedang bergelodak mesti dipuaskan dengan apa cara sekalipun manakala ejakulasi mesti berlaku secara sempurna.

Fantasi seks

“Nilai mangsa sudah tidak ada lagi di dalam dirinya dan jika mangsa meronta, menjerit atau melawan, usaha akan dilakukan agar si mangsa tidak sedarkan diri,” katanya.

Beliau berpendapat, dalam kebanyakan kes yang sukar, mangsa akan dijerut, pukul, cekik atau diberikan tumbukan kuat sebelum keinginan nafsunya dipenuhi.

Tindakan ini perlu dilakukan dalam keadaan yang seselesa mungkin, ertinya si mangsa perlu berada di dalam keadaan menyerah walaupun sudah tidak bernafas lagi.

Selain itu, ia perlu diselesaikan dengan kadar segera semasa kelakuan seksualnya masih memuncak.

Dr. Khalib berkata, kewarasan akan timbul sejurus selepas ejakulasinya selesai sebelum disusuli rasa berdosa, bersalah, takut, menyesal dan sebagainya.

Akibatnya, perogol berusaha untuk menyembunyikan kesalahannya itu sama ada mangsa dibuang atau pemangsa cabut lari.

Masalah timbul jika pemangsa masih hidup dan dengan desakan kewarasan yang mula pulih, pemangsa yang bingung akan bertambah keliru manakala yang `cerdik’ akan melarikan diri.

“Rogol beramai-ramai juga berlaku tanpa kewarasan disebabkan oleh nafsu yang memuncak dan suasana yang sangat `mengajak’ akibat terangsang dengan rakan-rakan yang sedang melakukannya atau terlihat bahagian tubuh mangsa yang terdedah,” katanya.

Mengulas lanjut amal perbuatan manusia, seseorang itu juga boleh mempamerkan nilai binatang meskipun mempunyai nilai moral yang kuat.

Ini berlaku apabila adanya keinginan untuk membalas dendam, kecewa, marah dan lain-lain sebab yang menyebabkannya berasa tiada siapa lagi yang boleh menyelesaikan masalahnya.

Setelah melakukannya, dia akan puas dan perbuatannya adalah khusus, memilih dan masih ada pertimbangan.

Mereka yang tiada pertimbangan adalah yang telah nekad melakukan jenayah dan dikategorikan sebagai maniac seperti perogol dan pembunuh bersiri, pencuri serta perompak,” katanya.

Walaupun bilangan jenis ini umumnya tidak ramai namun padah yang dibawa olehnya adalah sangat serius.

Kesan lembut (jangkitan saluran kencing, kecederaan kemaluan dan hilang dara), kesan pertengahan (jangkitan HIV, Hepatitis B, kecederaan fizikal) dan teruk (kehamilan, trauma mental dan sosial, kematian).

Terdapat juga jenis manusia abnormal yang sedia mempunyai hormon seks berlebihan yang akan memandunya ke arah keinginan seks yang tidak puas-puas.

Ini berlaku kepada kalangan manusia yang secara psikiatriknya terbukti memiliki penyakit keinginan dan fantasi seks yang sangat melampau.

Mereka ini mempunyai kawalan yang baik dan tidak melakukan tanpa kewarasan fikiran sehingga mencetuskan jenayah.

Tetapi, mereka mungkin menceburkan diri di dalam bidang perniagaan yang berkaitan dengannya,” katanya.

Ditanya saranannya bagi menangani permasalahan jenayah terlalu serius dan melampau sehingga mengakibatkan kematian, kesengsaraan biologi dan mental, Dr. Khalib berkata, langkah terbaik adalah dengan cara membendungnya.

Jenayah seksual hanya boleh dibendung dengan dua cara sahaja iaitu:

1 - Memantapkan ilmu dan nilai agama, moral dan budi pekerti yang terancang, multidisiplin, bersepadu di peringkat pusat, berpanjangan dan sentiasa terpantau.

Pelaksanaan di peringkat komuniti mesti diuruskan dengan sebaik-baiknya bagi membina manusia yang nafsunya `terbungkus’ dengan nilai-nilai murni. Lebih penting, ia dikawal sendiri oleh hati dan perasaannya.

2 - Menyediakan persekitaran fizikal, media, sosial, politik, ekonomi, teknologi, budaya, adat dan lain-lain yang kondusif untuk membina kehidupan positif dan terbimbing ke arah kemakmuran keluarga, negara, agama, budaya dan bangsa.

Menurutnya, jika dua pendekatan ini dilakukan dengan betul, dalam jangka panjang, akan lahir satu generasi masyarakat yang kuat bekerja, bermoral dan patuh kepada ajaran agama.

Mengenai bentuk hukuman kepada pesalah laku seks ini, beliau berkata, hukuman adalah tindakan reaktif sedangkan membendung adalah tindakan proaktif.

Sehubungan itu, membendung adalah lebih baik kerana apabila sesuatu perkara itu sudah berlaku, ia tidak memberi apa-apa makna lagi.

Lagipun bilangan yang telah terjadi jauh lebih kecil berbanding bilangan yang belum terjadi iaitu mereka yang berisiko meliputi semua orang,” katanya.

Tambahnya, kes yang tertangguh atau ruang untuk merayu tidak akan menakutkan sesiapa.

Sebab itulah, katanya, banyak jenayah masih terus berleluasa meskipun mereka tahu ia boleh mati di tali gantung.

Dr. Khalib berpendapat, adalah baik menjadikan hukuman reaktif sebagai pengajaran kepada umum terutamanya bagi mereka yang berjinak-jinak untuk menjadi pemangsa.

Untuk hasil yang lebih berkesan, ia mesti dilaksanakan dengan cara yang berbekas di hati masyarakat dengan menjadikan mereka sangat takut.

Mati di tali gantung, sebat dan sebagainya, tidak akan berkesan sekiranya tidak dilakukan dengan cara yang betul.

Kesengsaraan mesti didedahkan sebagai iktibar dan pengajaran,” katanya.

A To Z Tentang Lelaki

February 2nd, 2009

Ini adalah sifat yang ada dalam diri individu bergelar lelaki dari A to Z. Lepas ni mereka tak boleh nak kelentong kamu lagi kan?

A – ALA-ALA
Agak mengelirukan sedikit bila ada yang dikategorikan dalam kelompok ‘ala-ala’ ini. Gaya dan perlakuannya agak mencurigakan..bukan apa, bila ada lelaki yang kita anggap tergolong dalam kelompok ini sering kita anggap mereka itu adalah lelaki lembut atau istilah ‘adik-adik’. Walau begitu, tak semestinya lelaki ala-ala ini tidak berperasaan terhadap perempuan. Ingat tu! Memang perwatakan mereka itu kelihatan agak lembut, namun hakikatnya mereka mempunyai hati dan perasaannya yang sama seperti lelaki2 gagah yang lain! Ada perasaan untuk memiliki teman wanita sendiri.

B – BOHJAN
Tidak! Tidak! Tidak! Kategori yang paling ditakuti… masalah social yang hangat menular masyarakat kita khususnya golongan remaja masa kini. Harus diingat, lelaki sebegini mengharapkan cinta semata2 demi memenuhi nafsunya sendiri dan bukan kerana cinta! Awas!

C – CEMBURU
Cemburu tandanya sayang, tapi kalau sudah keterlaluan itu cemburu buta namanya! Boleh dikatakan kebanyakan kaum lelaki di zaman sekarang ini, masing2 mengamalkan sikap mengongkong ini wujud kerana adanya syak wasangka dan tidak yakin terhadap pasangannya yang secara tidak langsung turut menimbulkan rasa cemburu yang keterlaluan dalam dirinya. Kebanyakan wanita takkan tahan dengan sifat cemburu ini! Rimas la…

D – DUGONG
Lepas makan tidur! Bila diajak keluar… ha, macam2 alasan yang diberikan. Tak sihatlah! Panaslah! Banyak kerjalah! Hakikatnya pemalas! Malang bagi wanita yang mempunyai kekasih yang tergolong dalam kategori ini. Si dia tentunya sukar di ajak keluar sebaliknya sering menghabiskan masanya dengan memerap di rumah sambil menonton televisyen atau tidur!

E – EMAS
Jeng! Jeng! Jeng! Pepatah ada menyebut kelapa…kalau lagi tua lagi banyak santannya ha, jangan ingat lelaki veteran tiada peminat. Sebaliknya, ada segelintir kita yang menganggap lelaki yang tergolong dalam kategori warga emas ini memiliki pengalaman yang lebih dari segala segi. Secara tak langsung, pasangannya akan berasa yakin dan selamat setiap kali berdampingan dengan lelaki emas ini! Lebih2 lagi sekiranya si lelaki itu bijak bermain2 dengan kata2! Lagi mudah nak buat perempuan cair!

F – FIDOFILIA
Harapkan pagar, pagar makan padi! Mintak dijauhi dari ditemukan dengan lelaki yang sedemikian. Individu ini sering menyimpan perasaan sayang yang keterlaluan terhadap pasangannya yang jauh lebih muda dari usianya. Memang bahaya lelaki jenis ini! Sifat luar biasa yang wujud dalam dirinya membahayakan individu lain yang berada di sekelilingnya! Kerana wujudnya lelaki sebeginilah maka terjadinya kes-kes rigol terhadap kanak2!

G – GIGOLO
Ganas bunyinya! Sering menjadi buruan warga emas wanita khususnya yang berada. Hubungan terjalin hanya ingin memenuhi tuntutan materialistic dalam diri semata2. Sanggup mengggadaikan maruah untuk mengecap kemewahan dan kesenangan sekelip mata.

H – HIPOKRIT
Depan lain, belakang lain! Spesies sebegini memang perlu dijauhi. Kalau nak kenal individu yang dikategorikan dalam kategori ini mudaha sahaja! Mereka bijak berkata2… pendek kata mulutnya memang sentiasa manis! Hakikatnya, segala kata2 yang terhambur dari mulutnya itu tidaklah semanis seperti yang digambarkan! Depan kita, pijak semut pun tak mati tapi bila di belakang kita… hanya Tuhan yang tahu! Sebaiknya selidik dahulu latar belakang lelaki itu sebelum kamu tekad untuk mengambil sesuatu keputusan.

I – INTELLIGENT
Berpendidikan dan serba tahu! Mungkin ada yang mengandaikannya sebagai professor serba tahu. Ceritalah walau dalam linkungan topik apa pun, dia tentu bijak berbual… tapi ada kalanya perlu berhati2 juga kerana adakalanya perasaan ego dan berlagak tahu menjadikan mereka antara yang angkuh! Bukan dengki, tapi hakikat dalam kehidupan… macam itulah! Bila ada kelebihan dalam diri, segelintir manusia seakan mudah lupa diri. Sifat ego, pasti ada dalam diri setiap individu… kalau tak banyak pun pasti ada sedikitkan?

J – JAMBU
mmm… boleh tahan ayu juga mamat ini. Eh, betul ke macam tu! Tak sesuai tau! Memang wujud lelaki jenis yang sedemikian. Lelaki jambu dikategorikan sebagai lelaki lembut! Penampilannya kadang2 agak mampan seakan seorang perempuan. Namun ada kelebihannya lelaki sebegini kerana penampilannya sering kelihatan rapi dan kreatif orangnya. Namun seperti lelaki ala-ala, jangan sangka lelaki jambu tiada perasaan pada perempuan kerana mereka adalah lelaki sejati!

K – KAKI KENCING
Minta dijauhi dari ditemukan denga lelaki yang sedemikian perangainya! Pelbagai janji yang ditaburkan, tapi tiba masanya untuk melaksanakannya, hmm… fahm-faham sendirilah! Kesimpulannya di sini, jangan terlalu mudah memberi kepercayaan kepada seseorang. Kalau terus melayan lelaki yang kaki kencing ini alamatnya meranalah kita nanti!

L – LOYA BURUK
Bercita-cita nak jadi peguam tapi tak berkesempatan kerana taraf pendidikan yang tak mengizinkan. Ha, kemudian jadi loya buruklah dia! Individu yang tergolong dalam kategori ini memang sukar untuk serius, tak kiralah walau dalam apa jua keadaan sekalipun! Selalunya mereka kerap menjadi penglipur lara yang gemar membuat lawak silap2 hari bulan, kerana loya buruknya itu, boleh buat gaduh tau!

M – MACHO
Wah! Jejaka macho menjadi idaman setiap wanita. Perwatakan yang cool dan steady pasi menjadi perhatian setiap wanita. Ada kalanya lelaki macho sering mempergunakan kelebihan yang ada dalam dirinya untuk memikat perempuan… tak hairanlah jika dia memiliki lebih dari seorang teman wanita. Namun ramai yang berpendapat, tak semestinya lelaki macho itu tampan!

N – NANGIS
‘Sememah la mamat ni! Sikit2 nangis! Macam perempuan lah’. Mungkin hatinya selembut sutera. Mudah tersentuh bila terguris. Mungkin boleh dikategorikan sebagai mat jiwang kot! Namun harus berhati2 juga kerana mungkin mamat tu berlakon sahaja. Sekadar untuk meraih sinpati! Awas, jangan mudah terpedaya!

O – OPSS…
Turut dicurigai! Lelaki dalam kategori ini dipercayai sukar memikul tanggungjawab dan gemar melepaskan diri sendiri! Bijak memberi alasan demi untuk melepaskan diri sendiri sehingga sanggup menyusahkan orang yang disayanginya itu.

P – PERASAN
‘Akulah yang paling hensem kat sini.’ Kalau dah namanya perasan, sememangnya telah tertulis di mindanya bahawa dialah yang terbaik! Kalau berada di mana2, khususnya di khalayak ramai tentu dia beranggapan semua orang yang berada di sekelilingya itu kerap memerhatikannya. Hinggakan jika ada sesiapa yang cuba menegur atau berbual dengannya pasti dianggap telah jatuh hati dengannya.

Q – QUALITY CONTROL
Semuanya nak ‘perfect’ baik dari segi penampilannya mahupun apa jua perkara yang dilakukannya. Kualiti adalah yang paling penting bagi dirinya! Memang bagus jika bertemu dengan spesies jejaka yang sebegini namun mungkin sukar untuk dirinya mendapat teman istimewa sendiri! Sudah tentu individu yang tergolong dalam kategori ini agak ‘high taste’!

R – RILEKS
‘Cool’ dan tenang walau dalam apa jua keadaan. Lelaki sebegini bijak mengawal perasaannya dan mampu menenangkan individu lain dengan mudah. Bertuah jika mengenali lelaki rileks ini kerana sesuatu keputusan yang dibuat bukan dengan cara yang terburu2 sebaliknya dia kaan berfikir panjang sebelum bertindak!

S – SYOK SENDIRI
Kes berat ni! Syok sendiri dikhuatiri bakal menimbulkan sifat perasan. Lebih2 lagi sekiranya ia melibatkan hati dan perasaan individu lain. Mereka yang bersikap syok sendiri ini harus bijakmengawal perasaannya sendiri kerana bimbang sekiranya dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi hati wanita yang diminatinya itu…sedangkan dia hanya syok sendiri! Hal ini bakal menyusahkan orang lain pula.

T – TULEN
Lelaki sejati turut menjadi idaman ramai gadis di luar sana. Lelaki tulen sudah tentu memiliki karakter yang berkarisma. Biarpun dia tidak memiliki rupa paras yang erlalu kacak. Namun sikap kelakiannya itu sudah cukup untuk memikat gadis2 di luar sana.

U – UNIVERSAL
Sikap terbuka dan sedia menerima, menjadikan dirinya seorang lelaki yang yang disenangi dan mudah didekati. Selalunya, lelaki yang tergolong dalam kategori ini mudah untuk mendapat teman kerana bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Lebih menarik, lelaki universal ini tentunya tidak memiliki banyak karenah!

V – VOUGE
Wah… sentiasa menjaga penampilannya! Namun agak cerewet sedikit dan gemar mengkritik orang lain. Diakui lelaki vogue ini memiliki penampilan yang menarik dan sentiasa kelihatan kemas! Ha, jangan terkejut bila melihat jenama barangan yang dipakai! Pastinya yang mahal2 demi menjaga status.

W – WAS-WAS
‘Gunakan tanpa was-was’, sekiranya perasaan was-was timbul dalam diri adalah lebih baik kita cuba menghindarinya. Perasaan was-was timbul apabila kita menyimpan perasaan keliru dan curiga terhadap sesuatu perkara! Begitu juga seperti kita berhadapan dengan lelaki kategori ini. Persoalan was-was ini sering melibatkan soal yang berkaitan identiti dalamannya.

X – X-FILES
Misteri dan menjadi tanda tanya. Sukar untuk membongkar peribadi lelaki misteri ini kerana sikapnya yang sentiasa berubah2 dan amat sukar untuk ditafsirkan! Mungkin pasangan nya akan mudah bosan dengan sikap lelaki seperti ini kerana tingkah lakunya yang skar dijangka!

Y – YO-YO
Gemar tarik tali kerana takut terikat dengan komitmen itulah adalah erti kata terdekat untuk membongkar peribadi lelaki yo-yo ini. Kadangkala kerana sikapnya yang kurang matang menjadikan mereka sebagai individu yang takut untuk memikul tanggungjawab.

Z – ZIBRA
Memang bahaya! Lelaki zebra atau hidung belang sering melakukan perkara atas sebab2 tertentu khusus untuk kepentingan diri sendiri. Lelaki dala kategori ini lebih dikenalik= sebagai kasanova!

Sumber: Lepak Forum

Mutiara Hadis

February 2nd, 2009
Nuffnang Ads

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah”

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian” (Riwayat Muslim)

Dari Ummu Mukminin Aisyah lah.A, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Adalah Rasululluh s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-siap menghidupkan (beramal) pada malam hari. (Riwayat Muttfaq Alaihi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya. (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu pada bulan (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang yang telah menunaikan 70 bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka”

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan. Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi”

Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sembahyang itu membawa ketengah jalan, berpuasa memajukan kamu kehadapan dan sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya”

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Siapa yang bangun pada malam hari raya (Aidil Fitri) dengan ikhlas kerana Allah s.w.t., maka tidak akan mati hatinya saat hati semua orang telah mati” (Riwayat Ibn Majah dari Abu Umamah)

Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa” (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir” (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Apabila salah seorang kamu lupa bahawa ia berpuasa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah s.w.t.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan kepada kamu” (Riwayat Ibn Majab)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Bukan yang bermakna puasa itu sekadar menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari lagha (perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji” (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah s.w.t. mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)” (Riwayat Ahmad)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah s.w.t. akan memberi pada rasa lazat beribadat dihatinya” (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Jika kamu berpuasa maka bersiwaklah (gosok gigi) diwaktu pagi dan jangan diwaktu petang,maka sesungguhnya tiada orang puasa yang kering bibirnya diwaktu petang melainkan akan menjadi cahaya didepan matanya pada hari kiamat” (Riwayat Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Allah s.w.t. telah berfirman: Hamba-Ku yang lebih Aku cintai iaitu mereka yang segera berbuka (jika telah nyata maghrib)” (Riwayat Al-Tarmizi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Riba itu mempunyai 73 cara (jalan), yang amat ringan dosanya sama dengan seorang berzina dengan ibu kandungnya” (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat” (Riwayat Muslim & Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Satu dirham riba yang dimakan oleh setengah yang mengetahui, lebih berat disisi Allah s.w.t.daripada dosanya tiga puluh enam kali penzinaan” (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani dari Abdullah bin Hanzalah lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Barangsiapa yang berperang untuk menegakkan kalimat (agama) Allah s.w.t. maka itu Fisabilillah” (Riwayat Bukhari, Muslim &Abu Daud dari Abu musa al-Asyari lah.a)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Tidak akan masuk syurga orang yang jirannya tidak aman dari gangguan-gangguannya” (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sinarilah rumah kamu dengan mendirikan sembahyang dan membaca Al-Quran” (Riwayat Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Roh orang mukmin akan tergantung dengan sebab hutangnya sehinggalah diselesaikan hutang tersebut” (Riwayat Ahmad,Al-Tarmizi, Ibn Majah & Al-hakim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Jika seorang berzina maka keluarlah iman daripadanya bagaikan payung diatas kepalanya dan bila menghentikannya maka kembalilah iman kepadanya” (Riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi & Al-Tarmizi)

Dari Abu Hurairah lah.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sekiranya tidak menjadi keberatan kepada umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi (menggosok gigi) setiap kali mereka hendak mengambil wudhu” (Riwayat Ahmad, Malik & An-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur” (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

Dari Abu Hurairah lah.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap baik ataupun diam” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Siapa yang benar beriman kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran” (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai anak perempuan dan tidak membunuhnya hidup-hidup, tidak menghinakannya dan tidak sayang anak lelakinya melebihi anak perempuan, nescaya akan dimasukkan dia kedalam syurga” (Riwayat Abu Daud & Al-Hakim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Berapa banyak jiran yang memegang tetangganya pada hari kiamat untuk diajukan kepada Allah s.w.t. lalu berkata: Ya Allah orang ini telah menutup pintunya daripadaku dan tidak membantu aku” (Riwayat Bukhari)

Dari Aisyah, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa satu bulan cukup kecuali bulan Ramadhan dan saya juga tidak melihat Baginda s.a.w. berpuasa pada bulan lain lebih banyak dari bulan Syaaban” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Dari Ayub al-Ansari, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Jangan kamu mengadap kiblat dan jangan membelakangi ketika membuang najis atau air kencing, tetapi hendaklah kamu menhalakan diri kearah timur atau barat” (Riwayat Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Seorang Mukmin melihat dosanya bagaikan seorang duduk dibawah gunung dan takut kejatuhan gunung itu” (Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah lah.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Firman Allah s.w.t. {Dalam Hadis Qudsi} “Wahai anak Adam belanjakanlah harta kamu, nescaya akan digantikan semula oleh Allah kepadamu” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Keberkatan sesuatu makanan itu ialah dengan berwuduk sebelum dan selepas makan” (Riwayat Ahmad, Daud, Al-Tarmizi & Hakim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak sesuai dan dikhuatirkan” (Riwayat Abu Ya’la dari Anas lah.a.)

Dari Abu Hurairah lah.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t. akan merahmati seorang yang lapang dadanya ketika menjual, membeli dan menagih hutang” (Riwayat Bukhari dari Jabir lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Tiada seorang Muslim yang tiba padanya waktu sembahyang fardhu lalu dia menyempurnakan wuduk dan khusyuk serta rukuk,sujudnya melainkan sembahyang itu menjadi penebus dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat dosa besar dan yang demikian itu sepanjang masa” (Riwayat Muslim dari Uthman lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Tiada dua malaikat yang mencatat amal itu menghadap Allah s.w.t. membawa sembahyang seorang dua kali sembahyang, melainkan Allah s.w.t. berkata pada dua malaikat itu. Aku persaksikan kepada kamu bahawa Aku telah mengampunkan pada hamba-Ku dosa-dosa yang telah terjadi diantara dua sembahyang itu” (Riwayat Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat” (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah lah.a.)

Daripada Kaab bin Iyad lah.a. katanya. Aku mendengar bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta” (Riwayat Al-Tarmizi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Tiap orang yang diberikan Allah s.w.t. ilmu agama, lalau disembunyikan maka Allah s.w.t. mengendalikan mulutnya pada hari kiamat dengan kendali dari api neraka” (Riwayat Al-Tabrani dari Ibn Mas’ud lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan Allah s.w.t. seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan” (Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sembahyang berjemaah itu lebih afdal daripada sembahyang bersendirian dua puluh tujuh darjah” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Jika berdiri bulu roma seorang hamba Allah, maka akan berguguran daripadanya dosa-dosanya bagaikan gugurnya daun dari pokok yang telah kering” (Riwayat Abu Syaikh & Al-Baihaqi dari Abbad bin Abdul Muttalib lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang membaca (Surah Al-Ikhlas) dalam kesakitan dan matinya ,tiadalah dia akan menderita fitnah didalam kubur, terpelihara dari tekanan kubur dan dihari kiamat kelak dia akan dipapah oleh malaikat dengan telapak tangan hingga terlepas dari titian (sirat) dan selamat dia memasuki syurga” (Riwayat Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Dan perumpamaan orang yang datang terlebih dahulu (ke Masjid pada hari Jumaat) bagaikan orang yang sedekah unta, kemudian bagaikan yang sedekah lembu, kemudian bagaikan sedekah kambing, kemudian bagaikan sedekah ayam, kemudian bagaikan sedekah telur” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Ketika Allah s.w.t. telah selesai menjadikan semua makhluk, maka menulis tulisan yang ada diatas Arsy yang berbunyi:Rahmat-Ku mendahului murka-Ku (Rahmat-Ku mengalahkan murka-Ku)” (Riwayat Bukhari, Muslim & Ibn Majah)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Seandainya seorang kamu keluar membawa tali (kehutan) lalu pulang membawa seberkas kayu api lantas kayu itu dijualnya dimana dia dapat kehormatannya, maka perbuatan itu adalah lebih baik daripada dia meminta-minta, sama ada diberi ataupun tidak” (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari tiga hari tiga malam, maka siapa yang memulau lebih dari tiga hati tiga malam lalu mati akan masuk kedalam api neraka” (Riwayat Abu Daud & Al-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Siapa wuduk pada hal dia masih berwuduk maka dicatat untuknya sepuluh hasanat (kebajikan)” (Riwayat Abu Daud dari Ibn Umar lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada hari Jumaat maka menyempurnakan wuduknya kemudian pergi kemasjid untuk solat Jumaat dan mendengarkan khutbah dan memperhatikannya, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terjadi antara Jumaat itu dengan Jumaat yang sebelumnya” (Riwayat Muslim & Ahmad)

Dari Abu Hurairah lah.a. katanya, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya… “(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sembahyang sunat dua rakaat ditengah malam dapat menghapuskan dosa-dosa” (Riwayat Ad-Dailami dari Jabir lah.a)

Dari Ummu Mukminin Aisyah lah.a. “Pilihlah tempat air mani kamu dan nikahilah orang-orang yang sepadan” (Riwayat Ibnu Majah daripada Imam Al-Hakimi)

Dari Abu Hurairah lah.a. katanya, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sebaik-baik saf bagi orang lelaki ialah dihadapan dan seburuk-buruknya ialah dibelakang. Sebaik-baik saf bagi orang perempuan ialah dibelakang dan seburuk-buruknya dihadapan” (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Tiada dosa yang lebih besar disisi Allah s.w.t. sesudah syirik daripada titisan mani yang diletakkan didalam rahim yang haram baginya” (Riwayat Ibn Abid Dunya)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya yang berzina atau minum khamar maka terlepaslah iman daripadanya sebagaimana orang melepaskan gamis (baju) dari kepalanya” (Riwayat Al-Hakim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah s.w.t. Sya’aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku” (Riwayat Abu Al-Fatah bin Abu Al-Fawaris)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri sembahyang Jumaat adalah sudah baik (memadai) akan tetapi siapa yang mandi,maka adalah terlebih baik” (Riwayat Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap malam, maka tidak akan menderita kemiskinan untuk selamanya” (Riwayat Al-Baihaqi dari Ibn Mas’ud lah.a)

Dari Anas lah.a. katanya bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang tidur atau terlupa hingga luput sembahyang hendaklah dia menunaikan (sembahyang) sebaik-baik sahaja dia ingat (sedar) kembali” (Riwayat Al-Bukhari)

“Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk dan lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk, sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik” (Surah An-Nur : 26)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Pedagang yang amanah, yang jujur, yang Muslim, kelak pada hari kiamat akan berkumpul dengan para syuhada (orang-orang yang mati syahid)” (Riwayat Al-Hakim & Ibn Majah dari Ibn Umar lah.a)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Tiada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari ujian kubur” (Riwayat Ahmad & Al-Tirmizi)

Dari Abu Hurairah lah.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Apabila manusia membaca ayat Syajadah kemudian sujud, terhindarlah syaitan laknatullah seraya menangis dan berkata,’celakalah aku, disuruh manusia (anak Adam) sujud, sujudlah dia, balasannya syurga. Saya juga disuruhnya sujud,tetapi saya enggan maka balasannya bagi saya ialah neraka” (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Pilihlah untuk tempat nuthfah kamu atau air mani kamu, kerana pembuluh darah ini merupakan sinar pancaran” (Riwayat Ibn Majah dan Ad-Dailami)

“Carilah tempat-tempat yang sepadan untuk air mani kamu kerana seseorang itu boleh jadi akan lebih menyerupai keluarga pihak isteri” (Mutiara Kata)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan oleh Allah s.w.t. seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan” (Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Bukan seorang Mukmin orang yang kenyang sedangkan tetangga disebelahnya kelaparan (sedang dia mengetahui)” (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Kahwinilah wanita-wanita yang berada didalam lingkup/naungan yang baik kerana pembuluh darah itu laksana cahaya” (Riwayat Ibn-’Adi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sebaik-baik puasa selepas Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharam” (Riwayat Muslim, Bukhari, Abu Daud, Tarmizi,Nasai & Ibn Majah)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Janganlah engkau nikahi orang-orang yang masih berkerabat kerana anak dicipta laksana cahaya. Carilah wanita-wanita yang jauh dan janganlah engkau memilih yang dekat hubungannya” (Riwayat Ahmad, Malik & Al-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur didalam neraka dapat mengganggu ahli neraka lainnya kerana sangar busuk” (Riwayat Al-Bazzar)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah s.w.t.” (Riwayat Abu Naim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Bukanlah kemuliaan itu dengan memakai pakaian cantik dan bersegak tetapi ia adalah dengan ketenangan (sopan santun) dan merendah diri” (Riwayat Ad-Dailami)

Usamah bin Zaid lah.a. berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Siapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat hingga tiga kali tanpa uzur,maka akan dicatat dari golongan orang munafik” (Riwayat Al-Tabrani)

Dari Abu Dzar al-Ghifari lah.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Wahai Abu Dzai, jika engkau hendak berpuasa tiga hari sebulan puasalah pada 13,14 dan 15″(Riwayat Ahmad & Al-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Empat (macam manusia) tidak Allah s.w.t. masukkan merka ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak, pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak-anak yatim dengan tiada hak dan derhaka pada ibu bapanya” (Riwayat Al-Hakimi)

Dari Abu Qatadah ketika Nabi Muhammad s.a.w tentang hari Asyura bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w menjawab: “Puasa hari Asura boleh menghapuskan dosa satu tahun yang lalu” (Riwayat Muslim)

Allah s.w.t. berfirman: “Harta dan anak-anak itu perhiasan penghidupan dunia tetapi amal-amal soleh yang tinggal (buahnya) itu lebih baik disisi Tuhanmu tentang ganjarannya dan tentang harapannya” (Surah Kahfi:46)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Barangsiapa yang memelihara sembahyang lima waktu dengan sempurna wuduknya dan diwaktunya, adalah baginya cahaya dan tanda pada hari akhirat dan barangsiapa mensia-siakan, nescaya dikumpulkan ia (kelak dineraka) dengan Firaun dan Hamam” (Riwayat Ahmad)

Allah s.w.t. berfirman: “Dan orang-orang yang berkata’Ya Tuhan, anugerahkan lah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang bertakwa” (Surah Furqan:74)

Dari Abu Hurairah lah.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Kewajipan seorang Muslim keatas Muslim yang lain iaitu lima perkara, menajwab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Setiap isteri yang minta cerai dari suaminya tanpa apa-apa (tanpa alasan yang dapat dibenarkan) maka haram atasnya bau syurga” (Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi)

Dari Ibn Umar lah.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Ingatlah tiap sesuatu yang memabukkan itu khamar (arak) dan tiap khamar itu haram” (Riwayat Ahmad & Abu Ya’la)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Siapa yang menjadi saksi untuk merugikan seseorang dengan persaksian yang tidak benar, maka hendaklah menyiapkan tempatnya dalam neraka” (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang mebuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah s.w.t.” (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Bila tertusuk seorang dengan jarum kecil atau jarum besar dari besi, maka baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya” (Riwayat Al-Tabrani dari Ma’qil bin Yasar lah.a.)

Allah s.w.t. berfirman: “Dia bersembunyi dari manusia lantaran kejahatan yang dikhabarkan kepadanya, apakah dia akan pelihara dia dalam kehinaan ataukah dia akan sumbat dia dalam tanah? Sungguh jelek apa yang mereka hukumkan” (Surah An-Nahl:59)